Maguire Kekal Di United Kerana Cintanya Kepada Kelab Itu

Perpindahan Harry Maguire ke West Ham sudah gagal sepenuhnya. Ini kerana West Han dikatakan sudah berputus asa menunggu Maguire menyelesaikan urusan pampasannya dengan Man United.

Perpindahan Maguire ke West Ham awalnya sudah dilihat pada fasa akhir. Kerana kedua dua kelab setuju dengan harga £30 juta untuk pemain bek tengah antarabangsa England itu.

Dan kemudian Harry Maguire turut sedia menerima pengurangan gaji di West Ham.

Namun Maguire menuntut pampasan £7 juta dari Man United di atas pengurangan gaji yang dia terima. Kerana Maguire sepatutnya menikmati kenaikan gaji di Old Trafford musim ini kerana kelab layak ke UCL.

Semua gaji menikmati kenaikan gaji khas sempena kejayaan Man United layak ke UCL musim ini.

Man United pada awal jendela perpindahan musim panas kali ini pernah menawarkan Maguire pampasan £10 juta jika pemain itu berjaya mencari kelab baharu. Namun ketika itu Man United menetapkan harga sekurang kurangnya £45 juta untuk pemain itu.

Tawaran itu dikatakan sudah berakhir selepas Ten Hag sedia mengekalkan Maguire sebagai pemain simpanan pasukannya.

Maguire bagaimanapun meminta pampasan £7 juta jika kelab benar benar mahu dia menyertai West Ham. Dan berlaku pertikaian antara Maguire dan Man United berkaitan bayaran itu.

Dan akhirnya pemain itu gagal untuk memeterai perjanjian dengan West Ham yang beralih ke sasaran lain.

Maguire kemudian bertekad untuk terus kekal di Man United. Kerana dia yakin akan berjaya merebut tempat dalam pasukan utama Man United.

Fabrizio Romano berkata: “Rundingan Harry Maguire ke West Ham sudah tertutup kini.”

“Harry menghormati West Ham. Namun tiada sebarang perjanjian dari segi terma peribadi, itu menurut sumber terdekat dengan Harry Maguire.”

“Harry kekal selesa di Man United, dia menyayangi kelab Man United dan percaya dia akan mendapat peluang yang banyak untuk bermain.”

Maguire musim lalu menjadi pilihan kelima sebagai bek tengah. Namun dia membuat penilaian yang baik tentang sumbangan dirinya kepada kelab itu.

Menurut Maguire: “Walaupun saya tidak banyak beraksi namun saya sentiasa menikmati kemenangan setiap kali beraksi. Itu bukti bahawa saya masih memiliki impak dan pengaruh dalam kelab ini.”

Baca yang lain