Seorang Ahli Parlimen di Ghana tahun lalu telah mengejek Harry Maguire dalam sesi pembentangan bajet negaranya. Ahli parlimen pembangkang Isaac Adongo membandingkan pengurusan ekonomi Naib Presiden Mahamadu Bawumia di negara Afrika Barat yang sedang dilanda peperangan itu sebagai sama dengan prestasi Maguire di atas padang
Dalam ucapan yang dikongsi secara meluas di media sosial tahun lalu, Adongo membandingkan Bawumia dengan Maguire, yang disifatkannya sebagai “ancaman terbesar di tengah-tengah pertahanan Manchester United”. Manakala presiden Ghana dianggap benteng paling rapuh negara mereka.
Bawumia adalah Maguire versi menteri.
This is when Isaac Adongo referred to Ghana's Vice President Dr. Mahamudu Bawumia as 'economic Maguire'.
— Fantasy Gold FPL (@fantasygoldgh) November 22, 2023
Ghana sedang bergelut dengan krisis ekonomi terburuk dalam generasi yang disebabkan oleh hutang awam yang semakin meningkat, yang telah mencetuskan inflasi yang berleluasa dan melemahkan mata wang tempatan.
Namun prestasi Harry Maguire musim ini benar benar berbeza. Dan pemain pertahanan Manchester United Harry Maguire pada hari Rabu menerima permohonan maaf seorang ahli parlimen Ghana yang mengejeknya semasa perbahasan parlimen mengenai bajet tahun lepas.
Dalam perbahasan yang sama mengenai belanjawan 2024 pada hari Selasa, Adongo berkata Maguire telah bangkit dan memetik kembali analoginya.
“Saya kini memohon maaf kepada Harry Maguire,” kata Adongo. “Dia adalah pemain bola sepak transformasi… kini menjaringkan gol untuk Manchester United.”
Menurut Adongo adalah tidak adil untuk membandingkan Maguire dengan Mahamadu Bawumia. Dan dia meneruskan kritikannya terhadap Bawumia, menuduhnya “menunjuk muka tak tahu malunya” di sekitar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) “dengan cawan di tangan” – tanda mahu mengemis.
Kerajaan Ghana meminta bantuan IMF tahun lalu. Dan meluluska $3 bilion pada bulan Mei, dengan pengeluaran segera sebanyak $600 juta.
Bawumia mengetuai pasukan pengurusan ekonomi kerajaan kerana telah dipilih sebagai calon parti pemerintah untuk pilihan raya 2024.
Maguire menerima permohonan maaf itu dalam siaran X pada hari Rabu.
“Jumpa anda di Old Trafford tidak lama lagi,” tulisnya, merujuk kepada markas Manchester United.
The Ghana MP who mocked Harry Maguire in their Patliament last year has apologized to Harry Maguire and applauded his current form.
Harry Maguire accepted his apology and invited him to Old Trafford. Class from the GOAT.😂 pic.twitter.com/9VZpjAKunk— Manchester City Fandom (@MCFCaryan) November 23, 2023