Mahkamah Arah Polis Tangkap 2 Pesalah ‘Own Goal’ Pelik Di Brazil

Siasatan telah dilancarkan selepas seorang pemain bola sepak menjaringkan gol sendiri yang pelik untuk Atletico Amazonense di divisyen kedua kejohanan negeri Amazonas di Brazil

Sekurang-kurangnya dua pemain telah dibuang secara serta merta oleh sebuah kelab bola sepak Brazil berikutan gol sendiri yang aneh ini seminit sebelum sepenuh masa berakhir.

Pemain tengah Julio Campos kelihatan sengaja merembat bola ke gawangnya sendiri selepas menerima hantaran belakang rakan sepasukan dan penjaga gol Luis Antonio tidak berusaha untuk menghalangnya. Ia membuatkan Atletico Amazonense kalah 4-1 kepada lawan mereka, Sul America.

Amazonense kemudian menegaskan bahawa 2 pemain mereka yang terlibat dalam gol sendiri aneh itu telah dipecat dan berkata pendakwaraya wilayah telah diminta untuk melancarkan siasatan berhubung dakwaan mengatur perlawanan.

Walaupun ia tidak menamakan pemain, media yakin bahawa Luis Antonio dan Luis Campos adalah dua nama yang utama dalam kes ini.

Gol sendiri sahaja tidak memberi kesan kepada siapa yang memenangi perlawanan itu, tetapi kekalahan pada hari Ahad menyebabkan Atletico Amazonense terkeluar daripada perlumbaan untuk promosi naik ke liga peringkat teratas negeri.

Seorang peminat yang berdiri berdekatan presiden kelab ketika menyaksikan perlawanan itu berkata kepada presiden kelab, Henrique Barbosa dengan berkata: “Apakah semua itu Henrique! Sangat hodoh.”

Tiada seorang pun daripada pemain lawan kelihatan melakukan sebarang percubaan untuk menekan lawan mereka apabila gol masuk. Atletico Amazonense mengatakan bahawa kelab “tidak bertolak ansur dengan sikap tidak ada semangat kesukanan”, menyifatkan insiden itu dalam satu kenyataan sebagai tindakan “sabotaj serius”.

Kelab juga menambah lagi kenyataan mengenai pemain tengah yang menjaringkan gol sendiri: “Sikap tidak beretikanya memusnahkan sebarang harapan untuk menaikkan pangkat pasukan kami, dan menjelaskan bahawa dari awal permainan atlet itu bertekad untuk mensabotaj pasukannya sendiri.”

“Adalah jelas kepada kami terdapat bukti kukuh mengenai pengaturan perlawanan untuk kepentingan peribadi. Kami tidak akan membiarkan ketidakadilan ini terlepas daripada hukuman. Pada hari perlawanan, pemain itu telah dipecat serta merta daripada skuad.”

“Kami sudah menghubungi pejabat pendakwa raya negeri untuk menyiasat perkara ini.”

Seorang peminat bola sepak bertindak balas terhadap rakaman insiden itu dengan berkata: “Orang bodoh yang menjaringkan gol itu harus diharamkan daripada permainan bola sepak buat selama-lamanya. Biarkan dia hidup dengan pertaruhan.”

Persekutuan Negeri Amazonas mengisytiharkan mereka akan mengemukakan kes itu kepada Mahkamah Sukan dan polis untuk siasatan lanjut, menurut ge.globo.

Saksikan sendiri aksi itu di sini, memang tak ada muka bersalah diorang buat:

 

Baca yang lain