Mahkamah Arahkan Lucas Hernandez Serah Diri Kerana Kahwin & Honeymoon Dengan Kekasihnya

Bintang Bayern Munich, Lucas Hernandez kini dikendaki oleh polis kerana pergi berbulan madu dengan isterinya beberapa tahun yang lalu. Kes ini sebenarnya agak rumit.

Lucas Hernandez kini berdepan dengan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan beliau itu. Kenapa saya katakan ianya rumit.

Sebenarnya Lucas Hernandez dilarang sama sekali bertemu dengan isterinya beberapa tahun yang lalu.

Pada 2017, Lucas ditahan polis kerana didakwa memukul isterinya Amelia de la Osa Lorente. Berlaku pergaduhan di antara kedua dua pasangan tersebut pada 2010.

Di mana kedua dua mereka ketika itu masih muda dan masih pasangan kekasih. Kejadian itu dikatakan berlaku di tengah tengah bandar Madrid.

Kedua dua pasangan diarahkan menjalani kerja komuniti selama 31 hari dan dilarang berinteraksi antara satu sama lain.

Lalu pada 2017, Hernandez ditahan di lapangan terbang Sepanyol. Mahkamah mengarahkan kedua duanya untuk tidak berinteraksi antara satu sama lain selama enam bulan.

Namun dalam tempoh enam bulan hukuman itu, kedua dua mereka didapati berbulan madu di Miami. Hernandez telah memutuskan untuk berkahwin dengan teman wanitanya sejak sekian lama itu.

Selepas bertahun tahun lamanya, kini Hernandez diarahkan untuk menjalani hukuman penjara enam bulan kerana melanggar perintah mahkamah.

Tetapi isterinya tidak dikenakan hukuman kerana dia menyatakan tidak menerima sebarang notis daripada mahkamah berkenaan hukuman itu pada tarikh dia berbulan madu dengan Lucas.

Hernandez sebelum ini sudah membuat rayuan ke atas hukuman yang dijatuhkan kepadanya. Namun rayuan itu ditolak kerana dianggap kesalahan serius.

Walaupun pasangan Hernandez dan isterinya sudah berbaik baik sekalipun namun mereka memilih tarikh berkahwin dan berbulan madu yang tidak dibenarkan mahkamah untuk mereka bertemu.

Hernandez kini diberikan masa 10 hari untuk menyerahkan diri ke penjara di Sepanyol. Berita itu sangat mengejutkan Bayern Munich yang tidak pernah sesekali terfikir perkara ini akan berlaku.

Dalam kenyataan mahkamah, dibaca: “Mahkamah jenayah Madrid, nombor 32, pesalah menolak hukuman penjara enam bulan.”

“Dan dia sudah diberitahu, bahawa dia harus datang ke mahkamah pada 19 Oktober ini, agar dia menerima maklum bahawa dia harus menyerahkan diri ke penjara dengan kerelaan hatinya, bermula 10 hari daripada tarikh tersebut.”

Berdasarkan arahan itu, Hernandez harus pulang ke Sepanyol minggu hadapan untuk menyerah diri dan menjalani hukuman penjara enam bulan.

Hernandez dan Llorente ada seorang anak bernama Martin. Walaubagaimanapun, kedua dua mereka sudah berpisah ketika ini. Amelia mengumumkan penceraian mereka pada 2019.

Anaknya bersama dengan Amelia yang memenangi hak penjagaan.

Lucas Hernandez sebelum ini bersama sama dengan Theo Hernandez membantu Perancis menjuarai Liga Bangsa Eropah.

Kariernya bersama dengan Perancis baru je nak naik, dah jadi hal macam ni pula kan.

Sebagai rekod, Lucas Hernandez merupakan pemain termahal dalam sejarah Bayern Munich, dibeli dengan harga EUR80 juta.

Baca yang lain