Mahrez & Benrahma Warnakan Rambut Hitam Semula Selepas Pengurus Algeria Beri Amaran

Walaupun anda bermain di EPL sekalipun dengan gaji yang sangat tinggi. Jauh lagi tinggi daripada pengurus pasukan kebangsaan, itu bukan bermakna kamu boleh melakukan apa sahaja kamu suka sekiranya kamu pemain kebangsaan Algeria.

Dua bintang EPL, Riyad Mahrez dan Said Benrahma terpaksa menukar semula warna rambut mereka daripada warna blonde terang kepada warna asal iaitu hitam.

Kedua dua pemain sebelum ini menyertai bandwagon untuk mewarnakan rambut mereka blonde ala Phil Foden. Di mana di kem Chelsea, Jorginho dan Thiago Silva turut mewarnakan rambut mereka dengan warna seperti itu.

Riyad Mahrez dan Benrahma melapor diri ke kem kebangsaan Algeria. Kedua dua pemain diingatkan untuk menukar warna rambut mereka kepada warna lebih gelap berbanding dengan warna flashy.

Ianya adalah sebahagian daripada syarat disiplin ketat dikenakan oleh pengurus mereka iaitu, Djamel Belmadi.

Menurut laporan, pengurus itu sangat tegas soal disiplin pemain dan layanan beliau adalah sama kepada semua pemain. Tidak kisah mereka bermain dengan kelab besar Eropah sekalipun.

Mahrez dan Benrahma pula menunjukkan sikap profesional dan taat mereka kepada pengurus pasukan. Dan mereka mewarnakan semula rambut mereka kepada warna hitam.

Selepas itu barulah kedua duanya dibenarkan untuk menyertai latihan bersama rakan rakan mereka yang lain.

Belmadi, bekas pemain PSG, Marseille dan Man City, ketika kariernya, menyatakan bahawa, sukan itu harus dihormati bermula dari segi penampilan dan gaya yang tidak keterlaluan.

Selain itu, menurut Bzair Dailym Belmadi juga sangat tegas dalam soal menegakkan adat resam masyarakat Algeria yang sebenarnya tidak menggalakkan lelaki mewarnakan rambut.

Sikap kedua dua pemain itu juga dipujia, kerana tidak besar kepala.

Riyad Mahrez menjadi pemain penting Algeria di peringkat kebangsaan. Beliau juga pemain yang beraksi untuk pasukan Pep Guardiola di England. Mahrez menjadi nadi penting City musim lalu dalam kejayaan menjulang Liga Perdana Inggeris.

Di mana bekas pemain Leicester itu dilihat kembali semula ke prestasi terbaiknya di atas padang.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan