Pemain muda Manchester United, Amad Diallo mengumunkan bahawa dia memutuskan untuk tidak bermedia sosial sepanjang ramadan ini.
Oleh sebab itu dia menyahaktifkan media sosialnya untuk sebulan buat masa ini. Hal ini kerana pemain itu merasakan media sosial banyak mengajak orang ramai kepada dosa.
Kerana mata akan melihat banyak perkara yang tidak baik atau tak sesuai dengan amalan puasa menurut Ahmad Diallo.
Amad sebelum ini mengundang banyak spekulasi apabila dilihat telah memadam banyak gambarnya di Instagram terutama sekali gambar dengan United. Sehingga ada yang menganggap dia sebenarnya sudah mahu angkat kaki kerana kecewa dengan kurang peluang di bawah Erik Ten Hag.
Namun bukan itu yang berlaku. Sebaliknya dia cuti rehat seketika daripada media sosial untuk fokus kepada ibadat puasa sepanjang ramadan.
Dipetik dari sumber Fabrizio Romano, Amad berkata: “Saya nyahaktif media sosial saya sementara waktu, hanya untuk sebulan untuk fokus kepada ramadan.
“Hentikan kebencian, tiada apa yang salah di atas apa yang saya buat.”
Sepanjang bulan suci ini, Amad Diallo mahu menjaga pandangan matanya daripada melihat banyak perkara kurang elok di media sosial.
Amad menambah: “Ini bulan suci buat saya dan media sosial adalah tempat di mana banyak benda tidak elok jadi tatapan anda sepanjang bulan puasa ini.”
🚨 Amad Diallo: “I’ve deactivated my social media for a month just to focus on Ramadan. Stop the hatred, there’s nothing wrong with what I did”.
“It’s holy month for me and social media is a place where there are bad things to see during fasting”. pic.twitter.com/Gmffn2L6HO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 12, 2024