Seorang lelaki warga Ireland, Dermot Alastair Mills, yang membangkitkan layanan yang dia terima di Irish Rail sejak 2014 selepas dia mendedahkan isu berkaitan dengan kerja di bahagian perakaunan syarikat tersebut.
Dia memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja (WRC) bahawa dia “tidak melakukan apa-apa” untuk gaji €121,000 setahun.
Dermot Alastair Mills, seorang pegawai perakaunan Irish Reil yang menjana pendapatan €121,000 (sekitar RM563k) setahun, mendakwa tugasnya terlalu kosong dan dikurangkan sehingga dia rasakan hidup dia sia sia selepas dia membuat pendedahan pada lapan tahun lalu.
Mills, pengurus kewangan di Irish Rail, memberitahu Suruhanjaya Perhubungan Tempat Kerja (WRC) bahawa dia menghabiskan sebahagian besar minggu kerjanya dengan berjalan-jalan, makan sandwic dan membaca akhbar selepas dia mempersoalkan mengenai amalan perakaunan di Irish Rail pada 2014.
“Saya akan katakan jika saya mendapat sesuatu yang memerlukan saya melakukan kerja sekali dalam seminggu, saya akan teruja,” kata Mills kepada WRC.
Mills berkata dia pernah membuat pendedahan berkaitan aliran kewangan di syarikatnya. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tak kena.
Syarikat ada peraturan untuk melindunginya sebagai kerahsiaan di bawah Akta Pendedahan Terlindung 2014.
Namun malangnya, dia berkata dia telah dihukum selepas membuat pendedahan itu.
Irish Rail mengakui bahawa Mills telah membuat aduan itu tetapi menafikan menghukumnya untuk tindakannya kerana syarikat itu sentiasa terbuka mendengar rungutan pekerja dan juga pendedahan daripada mana mana pihak berkaita dengan salah laku.
Mills memberitahu WRC bahawa dia bekerja dari rumah atau di pejabat, sambil menambah bahawa dia memulakan hari bekerjanya pada pukul 10 pagi. Dia hampir tidak pernah menerima e-mel yang berkaitan dengan kerja.
“Saya membeli dua akhbar, Times and the Independent, dan sandwic. Saya pergi ke bilik saya, saya menghidupkan komputer saya, saya melihat e-mel. Tiada e-mel yang berkaitan dengan kerja, tiada mesej, tiada komunikasi, tiada komunikasi rakan sekerja. ,” Mills memberitahu WRC.
“Saya duduk dan saya membaca surat khabar dan saya makan sandwic saya. Kemudian kira-kira 10.30 pagi, jika ada e-mel yang memerlukan saya membalas, saya menjawabnya. Jika ada kerja yang berkaitan dengannya, saya melakukan kerja itu.”
Peguamnya John Keenan bertanya tentang kerja Mills sekarang, dan dia berkata dia dibayar €121,000 untuk “tidak melakukan apa-apa”.
“Apabila saya berkata untuk tidak berbuat apa-apa, saya bermaksud mereka tidak memanfaatkan kemahiran saya,” kata Mills kepada kepada Keenan.
Keenan memberitahu WRC bahawa anak guamnya “masih menanggung hukuman” kerana membuat aduan pada 2014. Dan peguam itu meruju kepada pengurangan peranan Mills dalam syarikat itu.
Irish Rail berhujah bahawa WRC hanya mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sebarang dakwaan penalti yang berkaitan dengan kegagalan Mills untuk mendapatkan kenaikan pangkat ke jawatan yang lebih senior pada 2018.
Mills memberitahu WRC bahawa dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan belanjawan modal bernilai sekitar €250 juta dari permulaan milenium sehingga kejatuhan kewangan pada tahun 2007.
Dia melaporkan kepada lembaga Kereta Api Ireland dan mengambil bahagian dalam jawatankuasa kecil lembaga tersebut. Dia kemudian dinaikkan pangkat pada tahun 2010.
Bagaimanapun, dia mendakwa dia dibuli dalam peranan baharunya dan terpaksa mengambil cuti sakit selama tiga bulan pada 2013.
Apabila dia kembali bekerja, dia diberitahu akan mempunyai gaji yang sama dan diberi tanggungjawab sebagai pengurus kewangan yang menjaga aset tetap bernilai berbilion-bilion selain portfolio hutang syarikat.
Dia juga diminta menyediakan laporan untuk Kerajaan Ireland.
Dia berkata dia menyedari “isu tertentu” dengan penghutang selepas kembali bekerja dan cuba untuk menyedarkan tentang isu tersebut kepada semua pihak.
Dermot Alastair Mills, a finance manager at #IrishRail, claimed that he has been sidelined at work after blowing the whistle on some irregular accounting matters at the company.https://t.co/z392MnkT0R
— News18.com (@news18dotcom) December 5, 2022
Dia menulis laporan dengan “niat baik” kepada ketua eksekutif Irish Rail pada Mac 2014 sebelum membuat pendedahan yang dilindungi kepada Menteri Pengangkutan pada Disember tahun yang sama.
Mills mendakwa dia diberhentikan daripada tanggungjawab ke atas aset tetap Irish Rail selepas membuat laporan itu, sambil menambah bahawa dia juga telah kehilangan tanggungjawab untuk menyediakan laporan untuk Kerajaan Ireland tidak lama selepas itu.
Dia memberitahu WRC bahawa dia hanya perlu menguruskan portfolio hutang bernilai €8 juta, yang kini turun kepada €400,000.
“Saya bermula dengan apa yang kelihatan seperti bidang kuasa yang munasabah pada 2013 dan 2014. Perlahan-lahan tetapi pasti ia telah dikurangkan sehingga tiada.”
Dia berkata dia berasa “terpencil” di tempat kerjanya di Dublin sejak membuat aduan itu pada Disember 2014.
Dia mendakwa dia telah dikecualikan daripada mesyuarat syarikat dan peluang latihan sejak membuat pendedahan itu dan juga berkata isu itu menghalangnya apabila dia daripada menyertai temuduga untuk peranan yang lebih senior pada musim panas 2018.
Tom Mallon, peguam untuk Irish Rail, berkata ia adalah pendirian syarikat bahawa tiada seorang pun penemuduga mengetahui pendedahan Mills sebelum ini. Dia tidak dipanggil kerana ramai calon lain lebih layak.
Mills agak kecewa dengan jawapan itu kerana sebelum ini dia mengendalikan aset syarikat yang benilai jutaan euro.