Mahukan Minit Permainan Dan Tak Rela Diperam Punca Cancelo Tinggalkan City

Joao Cancelo sah menyertai Bayern Munich secara pinjaman. Dengan opsyen pembelian tetap bernilai €70 juta.

Pemain itu sebelum ini dilaporkan tidak sehaluan dengan Pep Guardiola kerana tidak suka dijadikan pemain simpanan.

Cancelo dalam beberapa perlawanan musim ini kerap disisihkan dan diletakkan di bangku simpanan.

Guardiola meminta kesemua pemain menghormati polisinya yang suka melakukan penggiliran pada skuad.

Tetapi Cancelo merasaka dia tidak boleh menerima apabila dia disisihkan  di bangku simpanan lebih lebih lagi dalam perlawanan besar seperti ketika menentang Arsenal.

Cancelo dikatakan bertelagah dengan Pep Guardiola di pusat latihan dan mengancam untuk meninggalkan kelab itu.

Cancelo juga dilihat tidak mahu memanaskan badannya ketika pemain simpanan lain memanaskan badan ketika aksi menentang Wolves.

Semua itu menjadi antara sebab kenapa Guardiola mulai hilang sabar dan melepaskan pemain itu.

Cancelo akhirnya membuka bicara soal alasan dia menyertai Bayern Munich.

Dia menafikan dia tidak suka dengan Guardiola. Sebaliknya menegaskan bahawa dia tidak suka diperam dan mahu bermain dengan lebih banyak minit permainan.

Cancelo berkata: “Sselamat petang semua. Saya sangat gembira di sini, mewakili kelab hebat ini. Saya sudah tak sabar untuk mula berlatih dengan rakan rakan sepasukan saya yang baharu.”

“Kelab ini adalah kelab yang sentiasa saya hargai sebagai seorang pemain.”

“Pada hari kelab ini mahukan saya, saya terus merasakan keinginan untuk datang ke sini.”

“Saya sangat bersemangat untuk memulakan tugasan saya di sini.”

“Dan inilah sebab utama kenapa saya memutuskan untuk berpindah, kerana saya mendapat minit yang kurang dalam beberapa minggu kebelakangan ini.”

“Ianya tiada kaitan dengan hubungan saya dengan jurulatih, Pep Guardiola.”

“Ianya adalah kerana sebenarnya saya mahukan lebih banyak minit permainan.”

“Dan ada kelab besar yang mahukan saya, maka saya memutuskan untuk pergi menikmati pengembaraan baharu. Dan saya sangat gembira di sini. Macam saya cakap tadi, ini adalah kelab yang sangat besar dengan sejarah yang banyak. Saya sangat sangat gembira mewakili kelab ini.”

Joao Cancelo explains why he had to leave Man City 😟

Joao Cancelo explains why he had to leave Man City 😟

Posted by GOAL on Tuesday, January 31, 2023

Cancelo menyatakan bahawa dia tidak menolak untuk kembali semula ke Manchester City. Dia sedar pada hakikatnya dia menyertai Bayern Munich hanya sebagai pemain pinjaman.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi