Maitland Niles Luah Di Media Sosial, Rindu Nak Main Bola Dan Sertai Kelab Lain

Arsenal sudah mengesahkan bahawa Willian rasminya meninggalkan kelab tersebut.

Beberapa jam sebelum ini Ainsley Maitland-Niles menggunakan media sosial untuk mendesak kelab melepaskannya ke kelab lain.

Willian menyertai Arsenal 12 bulan lalu. Masih ada baki 2 tahun kontrak dengan Arsenal. Namun memutuskan untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.

Arsenal mengucapkan terima kasih kepada Willian yang membantu kelab menjimatkan sejumlah besar wang daripada gajinya.

Willian akan menyertai Corinthians di Brazil.

Seterusnya pemain tengah serba boleh England, Maitland Niles mengesahkan bahawa beliau mahu keluar dari Arsenal kerana mahu bermain lebih banyak bola sepak.

Arsenal tidak menunjukan minat untuk melepaskan pemain tersebut. Membuatkan Maitland Niles kini mendesak kelab melepaskannya sebelum deadline day berakhir.

Menerusi Instagramnya, Ainsley Maitland Niles berkata: “Apa yang saya benar benar mahukan adalah pergi ke mana yang saya mahu dan tempat yang saya boleh bermain.”

Pemain berusia 24 tahun itu menjadi sasaran Everton pada kali ini. Namun Arsenal menolak sebarang rundingan dengan kelab tersebut.

Musim lalu, Maitland Niles juga hampir meninggalkan Arsenal. Namun Arteta mahu pemain itu terus kekal dengan menyatakan bahawa pemain itu dalam perancangannya untuk projek dan proses di Emirates.

Kini Maitland Niles tertarik untuk menyertai Everton. Beliau juga sudah menyatakan bahawa beliau mahu bermain di posisi tetap dan bukannya sekadar menjadi pemain yang hanya diturunkan untuk mengisi mana mana kekosongan dalam pasukan kerana kecederaan atau penggantungan pemain lain.

David Ornstein menyatakan bahawa, Maitland Niles memilih posisi bek sisi kerana posisi tersebut yang membuatkannya dipanggil oleh skuad kebangsaan England sebelum ini.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan