Maka Dengan Itu, Terciptalah Perumpamaan ‘Bola Itu Bulat’

Istilah’: ‘bola itu bulat’, antara perkara yang paling sinonim dengan bola sepak. Sama ada ia menjadi satu tanda menghormati lawan dan persaingan.

Ia juga boleh digunakan untuk meredakan sikap terlalu yakin ataupun sikap terlalu tak yakin di dalam diri pemain.

Atapun, boleh menjadi alasan / excuse yang paling agung untuk mengelak daripada kecaman pihak lain.

Terutamanya jika anda pasukan yang memiliki pasukan yang dianggap favourite dan kalah kepada pasukan seperti Kemboja. Itu contoh.

Dalam menonton bola sepak kita sering mendengar pengulas bekata:

“Bola itu bulat”

“Apa sahaja boleh berlaku.”

Ia merujuk kepada sifatnya yang bulat/sfera membuatkan ia boleh bergolek ke mana sahaja.

Berbeza dengan sesuatu objek yang berbentuk kuboid ataupun bentuk lain yang pergerakannya mudah berhenti ataupun dijangka.

Namun, tahukah anda, siapa yang mempopularkan istilah bola itu bulat ini?

Jika anda sudah tahu, tak apalah.

Ianya sebenarnya istilah yang berasal daripada seorang legenda bola sepak.

Legenda yang dimaksudkan itu adalah Sepp Herberger.

Sepp Herberger dipercayai sebagai orang pertama yang menuturkan perumpamaan bola itu bulat dari mulut beliau.

Sepp Herberger merupakan ketua jurulatih lagenda Jerman yang pernah membantu negaranya memenangi Piala Duna 1954.

Beliau merupakan tactician penting dalam membentuk permainan bola sepak Jerman yang lebih bertaktikal ketika itu.

Sepp Heberger pernah berkata:

“The ball is round, the game lasts 90 minutes, everything else is pure theory.”

Ataupun terjemahannya kepada Bahasa Melayu:

“Bola itu bulat, perlawanan ini 90 minit, benda lain hanyalah teori semata-mata.”

Beliau tidak mahu para pemainnya terlalu terbuai dengan keyakinan dan kadangkala tidak mahu pemainnya terlalu rasa rendah diri apabila berhadapan dengan pasukan kuat.

Quote beliau ini telah tesebar ke seluruh dunia. Seiring dengan populariti sukan bola sepak itu sendiri yang semakin meningkat.

Ini ditambah dengan dunia penyiaran elektronik yang menggunakan pengulas. Di mana para pengulas dengan mudah menerima perumpamaan seperti itu.

Secara asasnya, istilah bola itu bulat memang milik dan bermula daripada padang bola sepak.

Walaupun ada sukan bola yang lain seperti bola keranjang, bola tampar dan sebagainya boleh menggunakan istilah ini.

Tetapi asalnya adalah daripada gelanggang bola sepak #doneclaim.

Bola itu bulat dan sangat sukar meramalkan apa yang akan berlaku selagi-lagi wisel penamat tidak dibunyikan.

Itulah yang berlaku ketika Manchester United memuktamadkan comeback ke atas Bayern Munich pada 1999 sebagai contoh. Namun sayangnya kelab dari negaranya, Bayern Munich lupa akan perkara itu.

Begitu juga dengan kejayaan seperti Liverpool di Instanbul berhadapan pasukan yang sangat kuat dan ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama.

Banyak sekali keajaiban di dalam padang dalam aksi bola sepak. Kebangkitan, kemenangan pasukan underdog dan sebagainya.

Itu benar-benar membuktikan bahawa bola itu bulat dan apa sahaja boleh berlaku.

Begitulah kisah antara perumpamaan agung dalam bola sepak yang terus merentasi zaman sehingga ke hari ini.

Baca yang lain