Selalunya pemain atau jurulatih yang akan digantung. Namun jarang sekali kita dengar pengarah sukan yang digantung perlawanan. Kecuali digantung terlibat dalam bola sepak itu biasa la.
Namun Premier League telah mengenakan penggantungan satu perlawanan ke atas Pengarah Sukan Wolves hanya kerana komennya ke atas pengadil.
Dia bengang kerana Wolves sekali lagi menjadi mangsa kesilapan pengadil dan VAR.
Matt Hobbs, Pengarah Sukan Wolves melabel pengadil Anthony Taylor sebagai tidak berguna sesen pun.
Dia bengang dengan keputusan pengadil melibatkan aksi Wolves dan Newcastle pada Oktober lalu. Dan menyatakan dia menunggu Anthony Taylor meminta maaf kepada mereka.
The FA have confirmed that #Wolves sporting director Matt Hobbs had called ref Anthony Taylor “absolutely f****** useless as usual”.
Hobbs went on to tell Taylor that “we look forward to your apology” after a questionable officiating performance against Newcastle in Oct. #WWFC pic.twitter.com/VrsPxx1x1n
— Talking Wolves (@TalkingWolves) November 29, 2023
Itu bukannya pertama kali Wolves menjadi mangsa kesilapan pengadil dan VAR. Berikut kompilasi dosa pengadil kepada mereka yang dikumpul oleh peminat mereka.
Pertamanya Nelson Semedo dianggap melakukan kekasaran ke atas Cairney walaupun tak menyentuh dan penalti untuk Fulham.
Some of the distasteful referees and VAR decisions in the Premier League this season
A thread
1. Nelson Semedo touched the ball and planted his leg on the turf. However, he was penalized for a foul on Tom Cairney and Fulham got a penalty vs. Wolves. Lolpic.twitter.com/gEClu1yVNN
— H/F (@hfworld_) November 28, 2023
Dalam aksi menentang Newcastle, Hwang Hee Chan dituduh melakukan kekasaran ke atas Fabian Schar sedangkan jelas pemain itu diving.
Newcastle United getting a penalty decision for an obvious dive by Fabian Schar.
Clearly, Hee-Chan Hwang did not foul him, but Anthony Taylor thought otherwise.pic.twitter.com/kZuEoNyq37
— H/F (@hfworld_) November 28, 2023
Seterusnya pada awal musim, Wolves tidak diberikan sepakan penalti ketika Onana menumbuk pemain mereka. Di mana pengadil perlawanan dan pegawai VAR digantung untuk aksi berikutnya. Wolves tewas 1-0 dalam perlawanan itu.
The Premier League officials for Manchester United’s win against Wolves have been dropped.
Referee Simon Hooper, VAR official Michael Sailsbury, and VAR assistant Richard West won’t be selected for next weekend. pic.twitter.com/Uq9OpTyRNu
— B/R Football (@brfootball) August 15, 2023
Baru baru ini Pengurus Wolves, Gary O’Neil menyatakan dia selama ini sangat menyokong VAR namun kini dia dah hilang kepercayaan kepada VAR setelah kalah di tangan Fulham.
Beliau berkata: “Saya sentiasa menyokong VAR, tetapi saya fikir ia menyebabkan masalah besar pada masa ini.”
“Hakikat bahawa insiden pertama tidak dianggap sebagai kesilapan yang jelas dan nyata dan yang kedua, saya hanya fikir VAR telah merugikan kami.”
“Mungkin malam ini akhirnya membuatkan saya menentang VAR apabila saya selama ini fikir ia akan membantu, tetapi tidak.”
“Pengadil pada dasarnya mengakui mereka melakukan kesilapan dengan Nelson, tetapi yang dengan Harry Wilson, kami tidak bersetuju sedikit.”
Wolves berada di tempat ke-12 dalam Liga Perdana dengan 15 mata daripada 13 perlawanan tetapi O’Neil berkata “keputusan pengadil yang buruk” menyebabkan mereka kehilangan tujuh mata lagi.
“Saya menguruskan sebuah kelab bola sepak yang besar di sini dan perbezaan yang anda lakukan memberikan impak kepada reputasi saya, kepada kemajuan kelab dalam liga, kepada mata pencarian orang ramai, ia sangat besar,” tambahnya.
“Ia tidak boleh menjadi seperti ini dengan semua teknologi dan sepanjang masa dalam liga terbesar di dunia yang terdapat begitu banyak kesilapan. Ia tidak boleh menjadi ok.”
O’Neil ialah pengurus Liga Perdana terbaharu yang mengecam VAR, selepas Jurgen Klopp dari Liverpool, Ange Postecoglou dari Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dari Chelsea dan Mikel Arteta dari Arsenal antara yang mengkritik sistem tersebut.
Badan pengadil Inggeris PGMOL telah mengakui beberapa kesilapan tetapi turut mengesyorkan penglibatan VAR yang lebih proaktif semasa perlawanan.