Malaysia Ada Haqiem Stopa, Itali Pula Iktiraf Rossi Dan Schumacher Sebagai Ikon Permotoran

Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa kita sudah ada Ikon Permotoran anak muda. Perkara itu diumumkan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal yang turut  memuat naik gambar kenang kenangan dengan seorang influencer TikTok, Haqiem Stopa.

Dalam kenyataannya, Wan Ahmad Fayshal berkata:

Hari ini saya menerima kunjungan Haqiem Stopa, seorang anak muda berusia 22 tahun yang terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda! Saya benar-benar berasa kagum dengan semangat dan keikhlasan saudara.

Haqiem yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia di negara ini.

Haqiem yang terkenal menerusi platform TikTok sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk kita untuk terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.

Insya-Allah, nanti Haqiem akan turut serta dalam acara sambutan ulang tahun ke-10 Santai Anak Utara (SAU) yang bakal dijalankan dalam masa terdekat!

Ayuh anak muda, kita bersatu membina negara!

Haqiem Stopa benar benar teruja dengan gelaran itu. Dia kini boleh berdiri sebaris dengan ikon permotoran nasional dari negara lain.

@haqiemstopa

Reply to @aimannnhkm Trima kasih kepada team Tuan2 yang terlibat .@santaianakutaraofficial @aripzainon.jp #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit

♬ original sound – Haqiem_stopa – Haqiem_stopa

Bercerita tenytang ikon, di Itali pada tahun lalu mereka mengangkat nama Valentino Rossi dan juga Michael Schumacher sebagai ikon permotoran mereka.

Kenapa Rossi dan Schumacher?

Valentino Rossi dan Schumacher bukannya nama asing di dalam arena suka permotoran. Namun dia merupakan individu kedua diberikan gelaran ikon sukan permotoran Itali oleh Aldo Drudi.

Rossi legenda MotoGP nombor 1

Rossi merupakan juara dunia paling banyak dalam sejarah motoGP – dari kalangan pelumba asal Itali. Jadi, tiada lagi yang lebih layak menerimanya berbanding Rossi di negaranya.

Dia dianggap legenda yang menaikkan populariti ke tahap yang jauh lebih bagus daripada sebelumnya.

Beliau malah menjadi inspirasi banyak pelumba generasi baharu pada hari ini. Bos Yamaha iaitu Lin Jarvis dalam dokumentari tersebut melabel Rossi lebih besar daripada MotoGP.

Jarvis menganggap Rossi adalah jenama yang sangat penting dalam membawa naik nama MotoGP. Di mana beliau berpendapat, tak semua orang kenal MotoGP tetapi semua orang akan kenal Valentino Rossi.

Jarvis memaksudkan, ramai orang di luar sana yang hanya mengetahui MotoGP. Namun informasi lain di dalamnya, mereka kurang arif. Sebaliknya mereka akan sentiasa tahu nama Valentino Rossi.

Sehinggalah satu ketika, Rossi telah menjadi wajah utama kepada MotoGP. Membawa masuk lebih ramai audien menyaksikan MotoGP yang sebelum itu dianggap membosankan.

“Jika anda bertanya mengenai MotoGP, tidak semua orang tahu itu, tetapi jika anda bertanya mengenai Valentino Rossi, semua orang mengenalinya,” kata Lin Jarvis.

Salah seorang pesaing Valentino Rossi dalam acara MotoGP, Andrea Dovizioso juga mengiktiraf sumbangan Rossi kepada MotoGP.

Menurut Dovizioso, selaku pelumba dan pengikut MotoGP dari kecil, beliau berterima kasih atas sumbangan Rossi dalam membantu memberikan kesedaran kepada dunia dan menaikkan nama MotoGP.

“Dahulu, sukan yang kita terlibat ini adalah sukan khas untuk golongan tertentu. Dan sekarang diikuti oleh kanak kanak sehingga ke nenek tu. Dari golongan muda sehinggalah mereka yang berusia 80 tahun,” kata Andrea Dovizioso.

Rakan karib Valentino Rossi, Alessio Salucci, menyatakan bahawa harinya akan tiba juga, Rossi akan meninggalkan MotoGP. Namun beliau yakin The Doctor akan meninggalkan legenda yang tidak ada gantinya.

“Legasi adalah banyak perkara: kemenangan, peminat, keseronokan di trek. Membangun bersa-sama, sama ada berlumba di MotoGP atau bahkan ketika berada di akademi (VR46),” kata Salucci.

Valentino Rossi sendiri telah menyiapkan rancangan selepas bersara dari acara MotoGP. Dia mahu memastikan pasukannya, SKY VR46, untuk berada di kelas perdana MotoGP.

Rossi bangga kerana dapat menjadi inspirasi ramai orang dan membantu menaikkan MotoGP di pentas dunia.

“Saya fikir perkara paling positif dalam kerja saya ialah ramai orang mula menyertai MotoGP untuk mengikuti kerja saya dari awal, dan sukan ini telah menjadi lebih besar, lebih terkenal di Itali tetapi juga di seluruh dunia,” kata Rossi ketika itu.

“Adalah sangat senang untuk memahami bahawa sepanjang karier saya, saya telah menjadi sesuatu yang berbeza, sesuatu seperti ikon dan ini adalah satu keseronokan yang luar biasa.”

“Dan juga, bagi seorang pelumba lebih penting apa yang berlaku di trek, keputusan, segala-galanya.”

Rossi memulakan kariernya dalam arena permotoran dalam kategori 125cc dan memenangi gelaran dunia pada 1997, diikuti dengan kejuaraan 250cc pada 1999.

Dia berpindah ke kelas utama setahun kemudian dan memenangi tujuh gelaran dunia antara 2001 dan 2009.

“Saya selalu membayangkan dominasi ini… ia satu perasaan yang pelik. Saya mahu mengekalkannya seperti biasa tetapi itu tidak mungkin.”

“Emosi yang hebat sekarang ini,” kata Rossi dalam majlis perpisahan dengan MotoGP serta reunion dengan 9 motor kejuaraannya.

Pelumba Petronas Yamaha itu berkata, dia kecewa tidak dapat menambah gelaran dunia ke-10 dalam kariernya.

“Saya bergelut dan kesulitan untuk kejuaraan ke-10… Saya boleh berlumba pada peringkat yang tertinggi.”

“Gelaran terakhir saya pada tahun 2009 adalah yang gelaran penting dalam hidup saya. Saya gembira untuk cuba memenangi satu lagi kejuaraan tetapi saya tidak boleh merungut sebab tak dapat.”

“Saya mempunyai karier yang hebat,” tambah Rossi.

Schumacher

Seorang lagi nama yang diberikan gelaran ikon permotoran Itali oleh Aldo Drulli ialah Michael Schumacher.

Dia bukan orang Itali namun dia telah membawa kegemilangan kepada jentera Ferrarri di lapangan Formula 1.

Sama seperti Rossi, Schumacher adalah legenda yang membuatkan orang semakin ramai mengikuti Formula 1. Selepas era Schumi, Formula 1 berdepan dengan isu kesukaran mendapatkan tontonan atau menarik lebih ramai peminat – walaupun mereka ada legenda sepert Lewis Hamilton yang sangat dominan.

Lalu F1 pada 2020 yang lalu, satu undian tentang siapakah yang paling berpengaruh di dalam sejarah sukan lumba kereta tersebut.

Memang bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Michael Schumacher diundi sebagai pemenang menewaskan Bernie Ecclestones.

Schumacher mendapat kemenangan selesa dengan 61% berbanding 39% kepada Ecclestone.

Berikut adalah carta laluan kemenangan Schumacher:

Kalahkan Nika Lauda, 56% berbalas 44%

Kalahkan Ayrton Senna, 52% berbalas 48%

Kalahkan Juan Manuel Fangio, 72% berbalas 28%

Kalahkan Enzo Ferrari, 54% berbalas 46%

Final: Kalahkan Bernie Ecclestone, 61% berbalas 39%

Wartawan F1 Mark Hughes, faham kenapa peminat mengundi Schumacher. Ini kerana pada era pemandu tersebut, F1 telah berjaya menarik ramai peminat.

Schumacher ada pengaruh dan kuasa yang luar biasa untuk menjadi watak penting lebih daripada sekadar pemandu F1.

Schumacher menjadi simbol kepada Formula 1 dan Ferrari. Beliau sebelum itu menjuarai 2 kejuaraan bersama Benetton.

Schumacher menjadikan Scuderia berubah daripada under-achiever kepada salah satu pengeluar terbaik dan menaikkan reputasi mereka dengan mendadak.

Michael Schumacher juga dikenali dengan gaya pemanduannya yang luar biasa. Mampu mengendalikan jentera yang selaju itu dengan sangat baik.

Beliau masih kekal sebagai pemandu F1 dengan rekod kemenangan paling banyak di dalam sejarah.

Michael Schumacher juga masih menjadi pemandu F1 dengan rekod kejuaraan terbanyak dalam sejarah dengan 7 kejuaraan ketika dia meninggalkan litar.

Seleoas itu Lewis Hamilton muncul menjadi kuasa baru dalam F1 dan pada 2020, beliau menyamai rekod 7 kejuaraan bersama dengan Schumacher.

Hamilton kalah dengan sangat kontroversi pada 2021. Namun dia masih aktif dana F1. Dan berpeluang menamatkan kariernya sebagai pelumba dengan gelaran dunia terbanyak. Tetapi Schumacher akan sentiasa dikenang sebagai legenda ulung.

Baca yang lain