Malaysia Atasi India 4-2, Mara Ke Final Pestabola Merdeka 2023

Malaysia meneruskan kecemerlangan di peringkat antarabangsa di bawah Kim Pan Gon. Kini satu lagi pasukan dalam kalangan 100 teratas dunia diratah Harimau Malaya.

Ini merupakan aksi persahabatan merangkap aksi semifinal Pestabola Merdeka 2023.

Malaysia bermula dengan menerima ancaman pertama dari India. Di mana percubaan lawan terkena palang gol.

Malaysia kemudian tampil lebih baik  dan medahului menerusi gol cantik Dion Cools pada mini ke-7. Di mana dia melakukan voli kemas daripada pergelutan antara para pemain dari situasi sepakan penjuru.

Naorem Mahesh Singh terus membalas gol itu pada minit ke-17. Dengan rembatan deras yang tak mampu dihentikan Syihan Hazmi.

Pada minit ke-21 menerusi penalti Arif Aiman Hanafi. Pemain itu tenang menewaskan penjaga gol lawan untuk meletakkan Malaysia kembali di hadapan.

Malaysia mendapat beberapa peluang lagi. Antaranya menerusi gerakan Arif Aiman yang melorongkan bola kepada Faisal Halim di hadapan gol namun gagal disambar pemain itu.

Sebelum rehat, Faisal Halim memastikan Malaysia selesa dengan 3-1 di hadapan. Hasil permainan kemas daripada high pressing dan terus menghukum penjaga gol India.

Pada separuh masa kedua India cuba bangkit dengan gol oleh pemain legenda Sunil Chettri minit ke-51.

India kemudian menuntut gol ketiga mereka sudah melepasi garisan gol namun penjaga garisan tidak memberikannya dan kedudukan kekal 3-2.

Malaysia malah menambah gol keempat selepas itu menerusi Corbin Ong pada minit ke-61.

Tamat perlawanan, Malaysia 4 India 2. Malaysia mara ke final Pestabola Merdeka 2023.