Malaysia Berdepan 3 Krisis Kecederaan, Vietnam Benar Benar Scouting Team Kita

Malaysia berhadapan dengan lawan sebenar mereka iaitu Vietnam. Ini selepas dua tugasan dengan winable team sebelum ini. Malaysia berjaya memenangi kedua dua perlawanan tersebut dengan cemerlang.

Dalam aksi berdepan dengan Vietnam Malaysia bertahan dengan baik pada awal perlawanan. Vietnam mulai mencari rentak mereka.

Malaysia berdepan dengan kecederaan pemain yang pertama dalam perlawanan ini apabila Aidil Zafuan diusung keluar padang pada minit ke-24.

Dominic Tan dimasukkan untuk menggalas tugasan sebagai bek tengah.

Pada minit ke-32, Nguyen Quang Hai menerima bola dari dalam kotak penalti dan melakukan rembatan pancung yang deras menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Bolos pertama pasukan Malaysia dalam edisi kali ini.

Selang empat minit kemudian, Nguyen Chong Phuong pula meletakkan Vietnam dua gol di hadapan selepas Malaysia gagal melepasi pressing daripada skuad Vietnam.

Ianya mirip kepada punca untuk gol pertama. Seterusnya ruang yang sangat selesa diberikan kepada Nguyen Chong Phuong untuk melakukan rembatan selesa.

Malaysia bergelut dengan taktikal dan penguasaan bola. Di mana Tan Cheng Hoe mengarahkan Safawi Rasid dan Arif Aiman untuk bertukar posisi. Namun ianya masih gagal untuk memperbaiki isu kreativiti dan ketajaman di hadapan gol.

Separuh masa pertama berakhir dengan 2-0 memihak kepada pasukan Vietnam.

Pada separuh masa kedua, Tan Cheng Hoe terus membuat pertukaran dengan memasukkan Kogileswaran dan Guilherme De Paula.

Vietnam dilihat selesa untuk tidak terlalu agresif dan menjaga ‘kaki’ mereka agar tidak berlaku kecederaan atas permukaan padang yang tak rata.

Namun Malaysia dikejutkan dengan satu lagi kecederaan apabila Syafiq Ahmad mengerang kesakitan.

Syafiq dibawa keluar padang menggunakan stretcher. Dan Shahrel Fikri dimasukkan untuk menggantikan beliau.

Beberapa minit kemudia, Shahrul Saad pula cedera dan terpaksa dikeluarkan.

Membuatkan Malaysia kini beraksi tanpa pure CB utama. Arif Farhan dimasukkan.

Vietnam mendapat beberapa lagi peluang gol, namun tidak dapat disudahkan. Pada minit ke-79, Luong Xuân Truong mendapat peluang dalam kotak penalti namun percubaannya dihadang.

Namun begitu gol ketiga Vietnam tetap hadir pada minit ke-89 menerusi Nguyen Hoàng Duc.

Rumusan perlawanan

Vietnam berjaya memenangi perlawanan ini kerana gameplan mereka lebih jelas dan mereka benar benar belajar tentang pasukan Malaysia seperti yang dikatakan Park Hang Seo.

Park Hang Seo menyatakan bahawa mereka sudah scouting dan menganalisis Malaysia dengan teperinci sejak beberapa bulan lalu lagi. Kerana menganggap perlawanan ini sangat serius,

Park Hang Seo menganggap perlawanan menentang Malaysia sebagai final pertama mereka kalau nak juara edisi kali ini.

Walaupun Park Hang Seo dan Vietnam banyak berada di luar negara termasuk di Arab, namun beliau ada beberapa staf dan pakar scout yang memantau perkembangan bola sepak Malaysia.

Ianya satu penghormatan kepada pasukan Malaysia. Kerana ada pasukan yang benar benar mengambil serius kualiti pasukan kita secara taktikal dan teknikal.

Namun persoalannya, adakah kita melakukan analisis yang serupa tentang mereka?

Walaupun dari segi percubaan tepat, kedua dua pasukan nampak seimbang, namun hakikatnya, dari segi kualiti peluang dan shot, Vietnam jauh lebih baik.

Malaysia kini berdepan dengan 3 pemain yang cedera. Pastinya Malaysia berharap akan kesemua pemain tersebut dapat cergas serta merta.

Ini kerana Malaysia hanya ada 24 pemain sahaja berbanding pasukan lain yang menggunakan kuota 30 pemain.

Park Hang Seo Dedahkan Vietnam bersedia dari segi taktikal dan analisis lengkap

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberitahu wartawan bahawa persiapan menentang Malaysia pada perlawanan berikutnya sudah pun dibuat awal.

Dan mengibaratkan aksi tersebut sebagai final pertama mereka dalam Piala AFF 2020.

Vietnam memenangi aksi pembukaan dengan skor 2-0 menentang Laos. Kegagalan Vu Van Thanh menyempurnakan penalti membuatkan skuad Vietnam kini gagal mendapatkan perbezaan jaringan lebih baik berbanding Malaysia.

Namun jurulatih Vietnam asal Korea Selatan itu kekal optimis tentang prestasi pasukannya.

Park Hang Seo berkata: “Aksi seterusnya menentang Malaysia adalah sememangnya final awal yang kita hadapi kali ini,” kata beliau merujuk kepada betapa pentingnya aksi tersebut.

Dua gol pertama mereka daripada pressing dan counterpressing. Itu bukti mereka benar benar mengetahui lawan mereka.

Ini kerana kekalahan di tangan Malaysia boleh membuatkan Vietnam tersingkir daripada persaingan ke kalah mati.

Menurut Hang Seo lagi, Malaysia adalah pasukan yang kuat. Oleh sebab itu mereka sudah bersedia secara taktikal sekian lama lagi.

Park Hang Seo menggelarkan Malaysia sebagai pasukan pilihan. Dan kedua dua pasukan sebelum ini merupakan finalis dalam edisi 2018 yang lalu.

Park Hang Seo sedar bahawa Malaysia kali terakhir menang ke atas Vietnam adalah pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 di Stadium My Dinh.

Namun Hang Seo mahu pemainnya kekal fokus dan tidak terbuai buai dengan rekod lalu. Kerana ianya langsung tidak memberikan apa apa makna.

Oleh sebab itu di meja kejurulatihannya, Park Hang Seo dan pegawai pegawainya sudah bekerja keras dalam persiapan perlawanan ini. Termasuk menyediakan data analisis terperinci untuk disumbatkan informasi kepada semua pemain mereka.

Bukan itu sahaja, Vietnam sebelum ini sudah menghantar Scouting team untuk memantau perkembangan Zulhelmi De Paula dan rakan rakannya. Sentiasa mengemaskini data terkini para pemain Malaysia.

“Kami sudah menyaksikan aksi Malaysia dan kami memiliki analisis teperinci serta sudah mempersiapkan taktikal khas untuk perlawanan akan datang.”

“Kami selalu kejurulatihan sudah bersedia melakukan yang terbaik untuk membantu pemain mencapai kedudukan terbaik di peringkat kumpulan.”

Media Vietnam turut bertanya tentang kegagalan penalti oleh Vu Van Thanh yang menurut mereka telah mempersia siakan peluang untuk mendapat kelebihan awal berbanding Malaysia.

Ramai peminat Vietnam tak puas hati kenapa Vu Van Thanh gatal gatal mengambil penalti itu.

Park Hang Seo berkata, pemain itu pada masa itu mendapat vice versa kerana dua pelaksana penalti utama mereka tiada di atas padang.

Park berkata: “Sebelum setiap perlawanan, akan ada pemain yang kami tugaskan untuk mengambil penalti. Dalam pasukan kita sekarang Luong Xuan Truong adalah pelaksana penalti yang utama.”

“Kemudian Nguyen Tien Linh. Dan kedua dua mereka tidak ada di atas padang ketika kita diberikan penalti itu. Jadi pada masa itu Vu Van Than menyatakan kepada rakannya dia mahu mengambilnya kerana dia yakin. Begitulah ceritanya bagaimana keputusan itu dibuat.”

Malaysia dan Vietnam akan bertemu pada Ahad ini. Ianya dianggap perlawanan tumpuan pada kali ini.

Vietnam pastinya dianggap sebagai pilihan utama kejohanan kerana mereka berada di ranking tertinggi dalam ranking FIFA dari kalangan pasukan Asia Tenggara. Pada masa yang sama mereka beraksi dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia zon Asia.

Park Hang Seo menjadi individu penting dalam sejarah Vietnam. Terutama sekali dari segi cara kerja dan etika pengurusannya. Yang boleh digunakan oleh Vietnam pada masa akan datang. Memberitahu bagaiman sesebuah organisasi bola sepak itu harus berfungsi. Termasuk scouting dan peranan penganalisis video dan sebagainya.