Sejak PKP dijalankan, kerajaan sangat tegas dalam isu kesihatan dan SOP. Sektor perniagaan dan perkhidmatan di Malaysia mulai dibuka secara berperingkat peringkat dalam beberapa minggu ini.
Namun semua pergerakan dan urusan tidak kiralah jenis apa sekalipun, harus berlandaskan SOP. Walaubagaimanapun, kelab malam dan pub masih tidak diberikan kebenaran untuk beroperasi.
Jadi mereka beroperasi secara haram tanpa kelulusan.
Tangkapan terbesar dibuat
Dan semalam, seramai 778 individu ditangkap. Menjadikannya tangkapan terbesar dan juga kompaun terbesar dikutip oleh penguatkuasaan dalam masa sehari sejak PKP diperkenalkan.
Daripada angka itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 778 individu ditahan kerana melanggar arahan PKPP. Dengan 600 daripadanya ditahan kerana melakukan aktiviti pub serta kelab malam.
Seterusnya seramai 673 Individu dikompaun kerana melanggar SOP dan peraturan penjarakan sosial.
Ismail Sabri berkata, jumlah yang ditahan itu adalah terbesar setakat ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Jumlah terbesar setakat ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. #BHNasional #PKPP https://t.co/MdvhUgkutQ
— Berita Harian (@bharianmy) September 1, 2020
“Mereka yang ditahan itu membabitkan 98 individu direman; tujuh diikat jamin dan 673 individu dikenakan kompaun. Ini jumlah terbesar dikenakan kompaun dalam masa satu hari.
“Kebanyakan mereka yang ditahan ini, paling ramai melakukan aktiviti pub dan kelab malam. Ini menunjukkan keingkaran rakyat semakin bertambah, mungkin mereka merasakan PKP sudah tidak ada dan tidak perlu patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.
Sambut Hari Kebangsaan ke-63 antara faktor utama kenapa yang ramai keluar bersosial.
Ismail Sabri tidak menolak, angka itu jauh lebih besar kerana masih banyak lagi kelab malam dan pub yan tak diserbu.
“Yang paling tinggi adalah semalam, mungkin mereka nak rai hari merdeka agaknya, Jadi berlaku peningkatan mendadak.”
“Kelab malam dan pub belum lagi boleh dibuka, tapi mereka membukanya secara haram. Tindakan mereka salah di sisi undang-undang.”
Datuk Seri Ismail Sabri turut menegaskan bahawa, mereka yang memiliki lesen kelab malam dan pub, dan kantoi beroperasi secara haram, maka lesen mereka berdepan kemungkinan akan dibatalkan terus.
“Selain polis akan kenakan tindakan tegas, kita juga minta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya bersama polis, jika mereka mempunyai lesen… lesen mereka boleh dibatalkan terus,” tambah beliau lagi.
Sumber: BH Online