Malaysia Cipta Rekod Baru! RXZ-NOS Dijual RM100K, Buang Habuk Je Terus Turun Nilai RM20K

Sekumpulan brader menerusi channel Geng Tayar Besar telah menggemparkan dunia sekali lagi.

Kali ini apabila mereka turun ke JB untuk deal beli RXZ yang tak buka bungkus lagi dengan harga RM100k, ini dipercayai rekod baru.

Sebelum ini, ada yang menjual RXZ dengan nilai RM70k.

Namun knini, RXZ sudah mencipta rekod baharu.  Mereka (pihak pembeli) sudah dua kali berunding harga RXZ tersebut dengan tokey kedai.

Menurut salah seorang daripada brader tersebut: “Frankly speaking, abang sebenarnya abang tak adalah duit sebanyak tu.”

“So, abang kena bawak abang punya funder. Supaya kita dapat deal dengan gentle.”

“So, kita carilah duit tu. Dah diorang nak jual mahal mahal. Jadi kita carilah duit tu.”

Beliau mengakui kadangkala beliau terfikir buat benda tersebut satu kerja bodoh.

Namun beliau mempertahankan ‘kebodohan’ itu kerana memikirkan barang tersebut adalah barang tak didaftarkan lagi dan stok baru asli / NOS (new original stock).

Dan barang memang tak banyak.

Seterusnya berlaku juga permainan harga yang membuatkan beliau menyatakan kadangkala benda macam ni mungkin akan pulang hampa.

Beliau kemudian mengingatkan bahawa: “Inilah dia permainan brader RXZ. Sapa yang sanggup terjunlah dalam dunia tu.”

Tampil rakannya menyatakan bahawa tindakan mereka ibarat meminang Puteri Gunung Ledang.

Ini selepas mereka berdepan beberapa kesulitan di sepanjang jalan mereka mahu mendapatkan RXZ tersebut.

“Tapi tak apalah, mak saya cakap, sabar itu indah, dan akan membuahkan hasil yang lumayan.” tegas beliau.

Nalurinya kuat menyatakan mereka akan pulang tidak tangan kosong.

Beliau menjelaskan kenapa sanggup beli RXZ mahal mahal: “Kita bukan beli RXZ, itu orang tak faham. Kita beli minat tu, kita beli passion tu.”

“Kalau benda tu bukan RXZ pun, benda tu tong dram, dan tong dram menjadi kegilaan, tong dram tu pun boleh jadi mahal,” jelas beliau dalam nada berfalsafah.

Beliau juga membidas sikap ramai pihak yang tak faham. Sedangkan ramai  yang sanggup beli handbag beratus ribu sekalipun kerana minat.

Namun ketika mereka tiba di sana, keadaan menjadi rumit apabila penjual mulai berat hati nak menjual.

Atas alasan, dia pun tak pasti akan dapat RXZ tu lagi dengan harga RM100k.

Kemudian penjual tersebut mencadangkan mereka pergi ke satu kedai. Lalu pihak pembeli mulai kehairanan.

“Kau biar betul, kata cuma 2-3 bijik NOS. Ni betul betul NOS ke restore balik?”

Mereka mendapat jaminan bahawa moto tu memang NOS, keluaran dalam 2009/2010, model terakhir.

Tetapi ada kerisauan pula takut tokey tu mintak RM110K pula sebab mereka hanya membawa RM100K.

Lalu mereka kemudian pergi ke kedai di Pasir Gudang.

Setibanya di kedai tersebut mereka berjumpalah dengan motosikal yang dicari.

Lalu mereka teruja melihatnya. Menurut perbualan mereka, ekzos original sahaja mencecah RM3k. Meter pula dalam RM2k-RM3.5K.

Bagi tayar untuk NOS, RM1k untuk sebijik sekali dengan rim.

Seat ori moto dalam RM5K.

Seterusnya, kalau buang habuk pada motosikal pun harga pasaran akan berkurangan sekitar RM20k.

Mereka akhirnya berjaya membeli RXZ tersebut dengan harga RM100K.

Boleh saksikan mereka di Youtube di sini: Brader beli RXZ RM100k

Begitulah ceritanya.

Jadi terpecah satu lagi rekod di arena RXZ.

So korang rasa rekod ni akan dipecahkan tak lepas ni?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi