Dalam satu berita yang mengejutkan, Kerajaan Malaysia diarahkan membayar US$14.92 billion ataupun sekitar RM63 billion kepada waris terakhir Sultan Sulu kerana melanggar perjanjian melibatkan dua pihak.
Ini selepas Malaysia sebelum ini memutuskan untuk menghentikan bayaran wang pemisahan tahunan kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5,300 setahun. Malaysia menamatkan bayaran itu selepas pecerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
Namun Mahkamah Antarabangsa telah memutuskan bahawa Malaysia telah melanggar perjanjian yang ditandatangani pada 1878 di antara Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo.
Dalam laporan oleh portal berita Sepanyol La Información, mereka melaporkan hakim mahkamah timbang tara Sepanyol, Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu ketika perbicaraan yang berlangsung di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.
Sekaligus membuatkannya sebagai kes timbang tara terbesar pernah dikendalikan di Sepanyol buat masa ini.
Stampa menyifatkan bahawa perjanjian yang ditandatangani pada 1878 sebagai “perjanjian pajakan swasta antarabangsa” komersial yang harus dihormati.
Oleh kerana tindakan Malaysia yang tidak membayar wang pemisahan tahunan sejak 2013, maka Malaysia kini sudah melanggar perjanjian tersebut dan harus membayar pampasan yang besar.
Stampa menyatakan bahwaa, Malaysia diberikan masa 3 bulan untuk membayar sekitar RM63 billion ataupun berisiko untuk membayar faedah atau bunga.
1. Malaysia has been ordered to pay US$14.92 billion to the heirs of the Sulu Sultanate.
This is reportedly due to a violation of a treaty signed in 1878, between the then Sultan of Sulu, Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck and the British North Borneo Company’s Alfred Dent. pic.twitter.com/eJ5Kla7Yme
— BFM News (@NewsBFM) March 1, 2022
Menurut laporan Malaysiakini, waris sultan Sulu pada mulanya mahu menuntut bayaran jauh lebih besar iaitu sekitar AS$32.2 bilion (RM135.08 bilion) daripada Malaysia.
Ini kerana mereka percaya, selain daripada wang pemisahan tersebut, mereka juga berhak mendapat bayaran atas hasil minyak yang ditemui oleh Malaysia di kawasan berkaitan.
Waris kesultanan Sulu diwakili oleh firma guaman Sepanyol B Cremades & Asociados bersama Paul Cohen dan Elisabeth Mason.
Perbicaraan pertama kes itu adalah di Madrid. Namun Mahkamah Tinggi Sepanyol membatalkan kes tersebut kerana pihak pendakwaraya tidak memaklumkan kepada Malaysia dengan betul berkenaan kes tersebut. Membuatkan Malaysia tidak dapat membela diri.
Akhirnya kes tersebut dibawa ke Perancis. Namun Malaysia dilaporkan tidak hadir dalam perbicaraan timbang tara di ibu negara Perancis. Malaysia kemudian dilaporkan mencabar kesahihan kes itu di mahkamah jenayah.
A French arbitration court has ordered Malaysia to pay the descendants of the Sultan of Sulu US$14.92bil.
Is this true? https://t.co/8iDFUiMheT
— The Star (@staronline) March 1, 2022
Buat masa ini, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Peguam Negara masih belum mengulas lagi tentang laporan tersebut.