Malaysia Kalah Lagi, Gol Masa Kecederaan Ali Madan Hampakan Harimau Malaya

Harimau Malaya hampir saja mendapat 1 mata, dalam perlawanan kedua Piala Asia. Namun akhirnya akur dengan gol minit akhir pada masa kecederaan pemain Bahrain.

Malaysia memperbaiki banyak aspek permainan dalam perlawanan ini berbanding perlawanan pertama.

Namun bergelut untuk mencipta peluang di sepertiga akhir.

Skuad Kim Pan Gon kali ini lebih kesungguhan ketika bertahan sebagai satu pasukan.

Bahrain memiliki banyak penguasaan bola namun gagal memanfaatkan keadaan dengan lebih baik.

Mereka hampir mendahului ketika Dions Cools memintas bola di dalam kotak penalti dan bola terus bergolek ke belakang Syihan. Namun Dominic pantas melakukan clearance penting.

Mereka tetap berjaya mencipta 13 percubaan dalam perlawanan ini. Namun hanya 3 yang benar benar menguji Syihan Hazmi.

Malaysia memiliki peluang keemasan menerusi Matt Davies pada akhir babak kedua.

Kemudian ketika aksi menuju ke wisel penamat, Ali Madan melakukan rembatan dari situasi di mana pemain pemain berkumpul di hadapan Syihan.

Syihan gagal menghadang bola, dan bergolek masuk.

Tiada apa yang dapat berbuat apa apa dan terpaksa menelan kekalahan kedua berturut turut daripada pentas Piala Asia 2023.

Aksi seterusnya, Malaysia akan berdepan dengan Korea Selatan. Dalam perlawanan yang dianggap hanya pelengkap jadual buat skuad negara.

Bahrain kini menghidupkan peluang mereka untuk mara dengan aksi seterusnya menentang Jordan.

Dalam satu lagi aksi Jordan berjaya mengikat Korea Selatan dengan 2-2.