Malaysia lwn Thailand, Perbezaan Hanya di Mental

Malam ini Malaysia akan melayan kunjungan Thailand bagi melengkapkan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Thailand sudah mengumpul 7 mata bersama Vietnam dan Emiriyah Arab Bersatu dengan 6 mata diikuti Malaysia 3 mata. Indonesia kekal menjadi pasukan paling lemah kumpulan selepas 4 perlawanan.

Thailand dan Vietnam mampu melebarkan jurang mata jika menewaskan lawan masing-masing sementara itu Emiriyah dan Malaysia boleh menjadikan saingan kembali terbuka.

Dalam konteks saingan serantau seperti Kejohanan AFF Thailand dilihat pasukan yang tidak terlalu jauh berbanding Malaysia tetapi pencapaian di kejohanan lebih tinggi seperti ini Malaysia agak ketinggalan berbanding pasukan gajah perang ini.

Inilah masa skuad Harimau Malaysia membuktikan kekuatan mental mereka boleh berada di kelas Asia. Bukan lagi kelas Asia Tenggara.

Farizal Marlias vs Kawin Thamsatchanan

Walaupun Kawin mendapat pendedahan yang lebih baik dari Farizal, bermain di eropah tetapi 2 musim Farizal bermain di Liga Juara Asia memberi satu pendedahan terbaik untuknya dan skuad Nasional.

Sekurang-kurangnya penjaga gol Malaysia ini bukan lagi sekadar bertaraf domestik. Kawin bukanlah penjaga gol utama pasukan Oh Leuven di divisyen 2 Belgium. Dia cuma penjaga gol simpanan. Siapa lebih baik pada malam ini bergantung kepada apa yang ada di dalam kotak pemikiran mereka. Bagaimana daya mereka berfikir dalam menyelesaikan masalah.

Pertahanan

Malaysia mempunyai isu besar ketika Adam Nor Azlin dipasangkan dengan Shahrul Saad. Kesilapan mudah sering berlaku. Tang Cheng Hoe pantas memperbaiki dengan kembali memanggil Aidil Zafuan Radzak.

Di JDT sememangnya Aidil sudah merampas kedudukan pertahanan utama pasukan JDT, memanggil beliau kembali ke dalam skuad negara tidak menjadi masalah kerana dia sedang menampung kelemahan Adam di kelab dan negara.

Malaysia tidak mempunyai masalah kritikal di pertahanan sisi. Matthew Davies, Syahmi Safari dan Lavere Corbin Ong tidak mempunyai masalah prestasi sepanjang musim ini. Mereka dikekalkan.

Sementara itu di kem Thailand Therathon Bunmanthan sedang mencapai penampilan ke-50 di J-League. Satu pengalaman yang baik dibawa masuk ke dalam kem mereka. Tristan Do dan Pansa Henviborn dijangka akan terus dikekalkan sebagai pemain utama mereka. Majoriti pemain Thailand terlibat dengan pentas paling tinggi di Asia, Piala Asia.

Malaysia dilihat sudah menyelesaikan masalah Adam-Shahrul dengan memanggil kembali Zafuan dan Thailand kekal dengan pertahanan Piala Asianya.

Tengah

Dengan kembalinya Baddrol Bakhtiar, Tan Cheng Hoe lebih mempunyai pilihan di barisan tengahnya. Walaupun Baddrol tidak dilihat akan menjadi barisan pemain yang akan bermula tetapi pencapaian 7 jaringan dan 14 bantuan gol di saingan domestik mungkin berguna.

Cheng Hoe boleh bermula dengan Brendan Gan, Azam Azih atau Syameer Kutty Abba untuk mendapat lebih permainan bola sepak di bahagian tengah dan Baddrol boleh menjadi pilihan jika keperluan untuk bertukar permainan yang lebih direct. Ia bergantung kepada situasi permainan.

Malaysia tidak mempunyai isu di tengah.

Kecemerlangan Chiangrai Utd menjuarai Thai League 1 dan Port FC menjulang Piala FA Thai menyaksikan 5 pemain dari kelab ini dipanggil, pemain yang jarang dipanggil kecuali Tanaborn Kesarat. Walaubagaimanapun pemain ini dijangka tidak menjadi pemain kesebelasan utama.

Perancang paling kreatif mereka Chanatip Songkrasin pasti akan turun mengetuai jentera tengah menyerang mereka dan Tanaborn bersedia di tengah bertahan. Selepas Milovan dipecat, Akira Nishino kembali memberi kepercayaan kepada pemain yang disisihkan sebelum ini seperti Sarach Yooyen.

Perbandingan kemampuan pemain tengah juga hampir setara diantara kedua-dua pasukan cuma yang akan membezakannya juga di mentaldan mentaliti permain bagaimana mahu mencorak permaianan.

Penyerang

Prestasi Syafiq Ahmad diantara Oktober dan November sangat mengagumkan. Dalam minggu antabangsa Oktober Syafiq berjaya menjadi topik perbualan dengan ketajaman beliau menjaringkan gol melalui tandukan. Dia membuktikan di saingan domestik selepas itu dan kini berada moral terbaik untuk dibawa pada malam ini.

Safawi Rashid juga mempunyai motivasi terbaik selepas berjaya menjadi penjaring terbanyak pemain tempatan di Malaysia. Sekurang-kurangnya Malaysia lega sebelum sepak mula di 2 posisi ini, cuma siapakah pemain penyerang sisi kiri masih belum menjadi milik sesiapa.

Jika Malaysia mempunyai isu di pertahanan dengan memanggil kemabali Zafuan, Thailand sedikit bermasalah dengan kombinasi penyerangnya.

Adisak Kraisorn masih belum mampu menjadi pengganti Teerasil Dangsa walaupun usianya sudah berada di angka 28. Adisak tidak dipanggil tetapi Supachai Jaided ataupun Suphanant Muenta terlalu muda dan perlukan masa.

Dangda dipanggil untuk mengatasi masalah ini. Dan veteran bertaraf lagenda Asia Tenggara ini tidak mengecewakan, masih mampu menampung masalah yang melanda pasukannya.

Jaringannya pada Oktober ketika menentang UAE membantu Nishino meraih mata ke-7, khidmadnya masih ditagih pada minggu antarabangsa November.

Rumusan

Kedua-dua pasukan mempunyai 1 isu besar sepanjang kempen kali ini. Malaysia di pertahanan tengah dan Thailand di penyerang tengah. Menariknya kedua-dua pasukan memanggil kembali pemain terbaiknya yang kini sedang berada di fasa tua. Aidil Zafuan dan Teerasil Dangda. Kedua-duanya tidak mengecewakan dan menyelesaikan sedikit sebanyak masalah tersebut.

Malaysia mempunyai kekuatan seimbang di semua posisi. Tan Cheng hoe semakin menjumpai barisan terkuatnya selepas sekian lama menjadi pengendali pasukan. Ia bermula selepas Corbin Ong berjaya diserap masuk.

Thailand sudah semestinya mempunyai pemain yang lebih mantap mentalnya kerana sudah biasa dengan pertandingan yang lebih tinggi. Seperti Bunmanthan, Songkrasin di Liga J, Kawin di eropah. Berdozen kumpulan pemain yang sudah banyak bermain di Piala Asia dan Liga Juara Asia.

Kelebihan dari sudut mental sudah pasti memihak kepada Thailand.

Malaysia boleh menumbangkan Thailand dengan syarat pemain Malaysia perlu meletakkan paras kekuatan mental di tahap yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Tahap Asia bukan tahap Asia Tenggara.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan