Malaysia lwn Myanmar: Myanmar Semakin Meningkat Tetapi Malaysia Tetap Pilihan Utama Kumpulan A

Bola Sepak di Sukan SEA akan membuka tirai pada petang ini. Walaupun kumpulan A hanya mempuyai 5 pasukan berbanding kumpulan B yang mengadungi 6 pasukan, Filipina menjadualkan Kumpulan ini bermula terlebih dahulu. Secara tidak langsung Malaysia mempunyai kelebihan melakukan proses recovery kepada pemain jika mara ke separuh akhir.

Sebelum kita melihat kenapa Malaysia dikatakan pilihan utama kumpulan A, lebih molek jika difahami terlebih dahulu kepentingan Sukan SEA dalam bola sepak. Ramai yang mengatakan sukan ini tidak penting. Sebenarnya bukan tidak penting tetapi keutamaan menjadi sepatutnya topik.

Dalam kalendar antarabangsa sudah pasti Piala Dunia berada dalam keutamaan tertinggi, melibatkan pasukan senior dan kempen kelayakan setiap 4 tahun. Ini asas.

Piala ke-2 tertinggi akan pergi ke Piala Dunia B-20, dalam saingan di peringkat benua ia selaraskan menjadi Piala Asia B-19. Seterusnya ‘adik’ kepada 2 pertandingan itu adalah Piala AFF B-18. 3 Piala ini berada di atas garisan yang sama cuma umur itu diturunkan kerana mahu memberi peluang kepada kumpulan pemain yang sama dibangunkan dalam tempoh 2 tahun.

Seterusnya keutamaan ke-3 adalah Sukan Olimpik.Sukan Olimpik menjadi ‘abang’ kepada kepada Sukan Asia dan salah satu adik bongsunya Sukan Asia Tenggara. Ya, Sukan SEA. Sukan bola sepak berasaskan pasukan B-23.

Setiap benua sememangnya mempunyai pertandingan B-23 seperti Piala Asia B-23. Mempunyai kempen kelayakan, tetapi pertandingan di peringkat benua ini tidak akan dibawa ke peringkat dunia. Tiada Piala Dunia B-23.Sukan Olimpik akan menumpang proses kelayakan di pusingan akhir Piala Asia B-23. 3 pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mendapat slot ke Sukan Olimpik. Itulah prosesnya.

Rumusan

  1. Piala Dunia (Kelayakan Zon Asia)
  2. Piala Dunia B-20 (Piala Asia B-19, Piala AFF B18)
  3. Sukan Olimpik (Sukan Asia, Sukan SEA)

Thailand dan Vietnam sebagai pilihan utama edisi 2019

Melihat kepada pencapaian skuad B-23 negara-negara Asia Tenggara sepanjang tempoh 2017-2019, wajar untuk memberi laluan kepada 2 pasukan ini menjadi pilihan. Malaysia boleh diletakan sebagai pilihan ke-3 walaupun mempunyai sejarah yang lebih baik berbanding Vietnam dalam pertandingan bola sepak di Sukan SEA.

Rekod, Thailand dan Vietnam akan menjadi 2 pasukan dari Asia Tenggara yang akan tampil di Piala Asia B-23 pada tahun depan. Thailand mara atas tiket tuan rumah dan Vietnam mara secara merit selepas menjuarai Kumpulan K Kempen kelayakan. Kelayakan yang menyaksikan Malaysia hampir menyingkirkan China tetapi perbezaan jaringan yang memisahkan juara dan naib juara selepas terikat 7 mata.

Dalam kempen kelayakan itu juga Malaysia menjadi pasukan ke-3 terbaik dari Asia Tenggara diikuti Myanmar.

Pada 2018 menyaksikan Malaysia lebih baik berbanding Thailand tetapi Vietnam begitu kuat di Sukan Asia. Malaysia mara ke pusingan ke-2 dan Vietnam mencecah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan 1-3. Malaysia tewas kepada satu lagi jaguh Asia iaitu Jepun 0-1. Sementara itu pada 2017 menyaksikan Thailand menjuarai Sukan SEA dengan menewaskan Malaysia 1-0 di Shah Alam.

Melihat kepada 2 tahun perjalanan skuad B-23, 2 negara Asean ini boleh dirumuskan pada edisi kali ini pilihan utama

  1. Thailand
  2. Vietnam
  3. Malaysia
  4. Myanmar

Malaysia menjadi pilihan no.1 kumpulan A

Jam 4.00 petang nanti Malaysia akan turun di Stadium Memorial Rizal menentang Myanmar. Ia merupakan perlawanan pertama dari keseluruhan 25 perlawanan peringkat kumpulan. Myanmar memang meningkat sejak 2 tahun lepas tetapi Malaysia kekal menjadi 3 pasukan terbaik Asia Tenggara dalam tempoh itu.

Foto: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Velizar Popov mengekalkan 8 pemain dari skuad Sukan Asia 2018. Pasukan ini berasaskan dari kelab tradisi Myanmar seperti Yadanarborn dan Yangon United. Skuad Myanmar jauh lebih muda berbanding Malaysia mengandungi 14 dari 20 pemain yang berusia 20 dan kebawah. Malaysia dalam purata 22 tahun.

Malaysia akan turun dan menjadi pasukan pilihan dalam perlawanan ini.

5 pemain yang perlu diberi perhatian oleh Dato Ong Kim Swee, pemain ini sentiasa berada dalam skuad B-23 sejak 2017.

  • GK. Sann Satt Naing (20)
  • DF. Soe Moe Kyaw (19)
  • MF Lwin Moe Aung (19)
  • MF. Myat Kaung Khant (18)
  • MF. Zin Min Tun (20)
  • Htet Phyo Wai (20)

Velizar Popov juga membawa kapten Yadanarborn dan satu lagi rakan sepasukannya, kedua-duanya mempunyai penampilan lebih 25 kali bersama skuad senior Myanmar walaupun baru berusia 23 tahun.

  • Hlain Bo Bo (23)
  • Sithu Aung (23)

Apa pun analisis pemain, pencapain yang dilakuakan ke atas pasukan Myanmar, Malaysia tetap menjadi pilihan dalam perlawanan petang nanti.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan