Selepas tewas 0-1 kepada Filipina, nasib pasukan Malaysia tidak lagi 100% berada ditangan sendiri. Malaysia mempunyai sedikit nafas apabila kejohanan Sukan SEA tidak menggunakan kaedah rekod pertemuan (head to head).
Kaedah perbezaan jaringan (goal different) tidak terlalu memberi peluang besar kepada Filipina. Filipina, Malaysia boleh terikat dengan 7 mata jika Malaysia mampu mengenepikan Kemboja pada perlawanan terakhir.
Filipina dilihat tidak mempunyai masalah menewaskan Timor Leste pada pertemuan terakhir yang membolehkan pasukan ini mengumpul 7 mata. Yang mungkin akan menyaksikan mata terikat diantara Filipina, Malaysia atau Filipina, Kemboja.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2537076076581479&id=1480859438869820
Malaysia perlu sedar, pasukan perlu memasuki persaingan perbezaan gol kerana situasi itu berkemungkinan besar akan berlaku. Pertemuan menentang Kemboja dan Timor Leste bukan sekadar untuk menang tetapi menjaringkan lebih gol.
Apa masalah dengan skuad Malaysia kali ini?
Malaysia terbang ke Manila dengan deretan barisan pemain yang sepatutnya cukup untuk menghadapi cabaran kali ini.
12 pemain dari senarai 20 mempunyai pengalaman dan perjalanan karier yang amat baik pada musim ini.
Bermula di barisan pertahanan, Adam Nor Azlin merupakan pemain yang sentiasa di panggil oleh skuad Harimau Malaya, bermain di pentas tertinggi kelayakan Piala Dunia.
Walaupun Dominic Tan tidak kerap bermain di peringkat domestik Thai League 2, namun namanya sering tersenarai dalam skuad Malaysia senior bersama Haziq Nadzli.
Syahmi Safari dan Syameer Kutty Abba sudah menjadi pemain penting dalam skuad tersebut. Tidak lupa kepada 2 nama lagi iaitu Daniel Amier dan Akhyar Rashid.
Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan kemampuan pemain. 1/3 dari senarai Dato Ong Kim Swee (OKS) sudah berada di skuad senior.
OKS mengukuhkan skuadnya dengan memanggil 3 pemain paling cemerlang Malaysia B-19. Penyerang Luqman Hakim Samsudin, pemain sisi Umar Haqim dan seorang pertahanan bertiga Brad Maloney iaitu Harith Haiqal.
Dibantu oleh 2 pemain yang cemerlang di AFF b19 Nik Akif Syahiran dan Hadi Fayadh. Irfan Zakaria bukan satu nama asing dalam tugasan melibatkan Malaysia termasuk di skuad utama.
Apa lagi tidak cukup dengan skuad apabila hanya mampu seri dengan Myanmar dan tewas mengejut kepada Filipina?
OKS agak cemerlang di Sukan SEA 2017 dengan menang kesemua 5 perlawanan sebelum tewas kepada Thailand 0-1 di perlawanan akhir.
Ketika itu dia menggunakan sistem yang sama iaitu back three dan trio attacker. Malah 7 nama dari skuad ketika itu sepatutnya tidak menjadi masalah dengan sistem OKS pada tahun ini.
7 pemain ini kekal di Sukan SEA 2019. Haziq, Adam, Syahmi, Amier, Syameer, Akhyar dan Irfan.
Selepas itu Malaysia B-23 menanpilkan aksi cemerlang di kempen kelayakan Piala Asia, menewaskan 2 pasukan Asia Tenggara sebelum berjaya mengikat China di peringkat kumpulan.
12 nama dalam skuad ketika itu kekal dalam senarai 20 pemain Sukan SEA kali ini. Adakah ia masih melibatkan sistem permainan OKS tidak difahami oleh pemain?
8 nama pemain di Sukan Asia kekal berada dalam skuad Sukan SEA kali ini.
OKS berjaya melaksanakan 3 tugasan dengan cemerlang iaitu Sukan SEA 2017, Sukan Asia 2018 dan Kelayakan Piala Asia B-23 dengan sistem yang sama. Dengan majoriti pemain yang sama.
Adakah ia masih berkaitan dengan masalah sistem tidak sesuai.
Malaysia hilang cengkaman pada Sukan SEA 2019 kerana pemain hilang karektor.
Syahmi, Adam, Syameer dan Akhyar perlu menjadi pemain lebih berkarektor.
Sejak dari 2017 hingga kepada Sukan SEA kali ini, sekurang-kurangnya 7 nama pemain sentiasa berada dalam skuad OKS. 4 daripadanya mempunyai perjalanalan karier yang baik di domestik dan negara.
Syahmi, Adam, Syameer dan Akhyar perlu menjadi pemain yang lebih berkarektor di dalam padang.
Perlu memandu pasukan dan rakan lain, perlu meransang pemain dan permainan seperti yang dilakukan oleh Aidil Zafuan dan Brendan Gan di skuad senior.
Pemain dinamik tidak semestinya datang dari pemain terbaik dari segi kemahiran teknikal ia lebih kepada pengaruh kepada rakan.
Malaysia hilang karektor dalam 2 perlawanan lepas ketika hujah sistem OKS boleh dipatahkan melalui pandangan dia atas. Mungkin itu masalah sebenarnya Malaysia.
Selamat maju jaya Malaysia, dalam baki 2 perlawana lagi.