Malaysia vs Indonesia: Hanya Yang Ada Jiwa Dan Mengerti Sahaja Layak Bermain

Ini adalah perseteruan terbesar di Asia Tenggara, malah antara yang terbesar di Asia. Malaysian vs Indonesia, digelar el Clasico Nusantara ataupun derbi serumpun.

Derbi itu merujuk kepada 2 pasukan yang berjiran dan sebandar.

Di mana masyarakatnya mengamalkan cara hidup yang sama di bandar yang sama, dan sudah tentulah menuturkan bahasa yang sama terutama sekali dialek.

Dalam bola sepak derbi itu akan ada rasa penuh kebencian, rasa tak nak kalah. Siapa menang akan memiliki sesebuah kawasan dan kota.

Bagi Indonesia dan Malaysia, kita ada ciri derbi kerana kita rumpun Melayu. Ianya disebut derbi antarabangsa.

Semangat derbi itu yang ada pada kita semua. Ini perlawanan yang kita tak nak kalah. Kalah 10-0 dengan UAE takkan sama nilai kalah 1-0 di tangan Indonesia. Begitu juga mereka.

Perlawanan ini lebih daripada bola sepak yang berkaitan taktikal ataupun teknikal. Ciri – ciri derbi padanya membuatkan ada benda lain mempengaruhinya.

Aspek mentaliti, cara mengendalikan tekanan ataupun cara mengendalikan rasa terlalu yakin. Semuanya ada di sini.

Pilihan ribu penyokong akan berada di stadium untuk bersorak kepada pasukan tuan rumah.

Kedua dua pasukan tak perlu diberitahu perkara ini. Ianya sudah menjadi tradisi dan ada dalam diri pemain.

Tak kiralah peringkat umur mana, sukan mana, terutamanya bola sepak, semangat derbi ini sentiasa mekar dan membara-bara.

Hanya pemain yang benar-benar bersedia akan dapat mengharungi dan layak bermain dalam perlawanan ini.

Ini bukan perlawanan untuk sang pengalah, si putus asa, dan tiada semangat patriotik. Ini adalah perlawanan yang paling penting dari sudut perseteruan.

Pemain perlu ada jiwa kepada negara dan lencana di dadanya.

Kita sebagai fans pun dah tahu akan perkara seperti ini. Ia perlawnanan yang membabitkan maruah. Namun haruslah dipandang dari sudut kesukanan. Segalanya akan ditentukan dalam masa 90 minit.

Ayuh Harimau Malaya. Berjuanglah demi maruah. Sebelum ini kita sudah menawan Jakarta. Pertahankan kubu kita di Bukit Jalil. Kita pasukan Nusantara itu kekal Kuning Hitam.

Malaysia’s (L) players celebrate their victory after FIFA world cup preliminary qualification round 2 match between Malaysia and Indonesia at the Gelora Bung Karno stadium in Jakarta on September 5, 2019. (Photo by ADEK BERRY / AFP) (Photo credit should read ADEK BERRY/AFP/Getty Images)

Dari sudut bola sepak, Indonesia pastinya mahu menang perlawanan ini buat kenangan kerana mereka masih tak menang atau seri sebarang perlawanan setakat ini.

Untuk Malaysia, kemenangan ke atas Indonesia akan terus menghidupkan kempen Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia/Piala Dunia.

Walau apa sahaja suhu perlawanan ini, hendaklah kita ingat, ini adalah bola sepak. Derbi tetap derbi namun perlawanan bola sepak itu tetap perlawanan bola sepak. Derbi itu membuatkan ini bukan perlawanan yang biasa.

Namun kita tetap mahukan perlawanan bola sepak ini sekadar permusuhan di lapangan bola sepak. Habiskan di padang dan tentukan di atas padang.

Semoga para petugas dan pegawai keselamatan melakukan tugas dengan jayanya malam ini. Begitu juga dengan semua pihak.

Kepada semua penyokong, tak kira Indonesia ataupun Malaysia, semoga kamu mencipta atmosfera luar biasa malam ini.

All the best Malaysia.

Baca yang lain