Paolo Maldini mendedahkan ada dua pemain yang sangat sukar dikawal iaitu Ronaldo R9 dan Ronaldinho Gaucho.
Ini kerana kedua dua pemain itu sangat padu pada era kegemilangan mereka.
Semasa wawancara menyeluruhnya di Radio TV Serie A, Paolo Maldini juga menyorot kembali ke detik-detiknya sebagai pemain bola sepak, menceritakan tentang lawan dan bekas rakan sepasukannya.
Maldini berkata: “Pada tahun 1997 saya berusia dua puluh sembilan tahun, saya sudah menghabiskan tiga belas tahun di Serie A dan tiga tahun sebagai kapten pasukan kebangsaan.
“Saya telah membiasakan diri dengan jenis peranan itu, melakukannya di Milan setiap hari adalah berbeza. Di mana tanggungjawab itu besar dan saat paling sukar sebagai kapten? Bukan saya banyak bercakap, saya lebih pendiam, ia adalah peranan yang mengenakan perkara-perkara tertentu dan anda perlu mempelajarinya bertahun-tahun.
“Ini adalah nasib, dan salah satunya berlaku di Manchester pada satu masa dulu. Menjulang kejuaraan dan mungkin itu yang paling didambakan, kerana saya adalah kapten dan masa telah berlalu.”
Bercakap tentang rakan sepasukannya yang paling kuat dan kental, dia memilih Franco Baresi. Dan untuk rakan yang paling teknikal adalah Ronaldinho kerana dia sangat berskil tinggi.
Ronaldo pula pemain yang sangat sukar untuk dihentikan terutama sekali ketika dia di Inter.
Maldini racconta: "Ronaldinho il più forte tecnicamente. Ronaldo all'Inter era infermabile" https://t.co/EEkcYme5RV
— TUTTOmercatoWEB (@TuttoMercatoWeb) May 9, 2024
Namun Maldini akui Ronaldinho dan Ronaldo datang ke Inter pada fasa akhir karier mereka dan kelab sudah berada dalam situasi yang kurang baik.
Maldini menjelaskan: “Dari segi kekuatan moral dan ciri-ciri, Franco Baresi adalah pemain yang luar biasa, dia tidak pernah bercakap, dia bertindak, dia sempurna.
“Kemudian saya juga bermain dengan Van Basten, ramai pemain juga tiba dalam masa yang kurang indah: Ronaldo dan Ronaldinho adalah dua pemain terkuat dari segi teknikal yang pernah saya lihat mereka bermain, tetapi mereka mencapai penghujung karier mereka.
“Namun begitu, bermain menentang Ronaldo ketika dia di Inter adalah sukar: Saya suka bermain 1 lawan 1, tetapi dengan Ronaldo saya terus stop. Dia tidak dapat dihentikan!
“Peraturan dulu adalah lebih permisif berbanding hari ini. , anda boleh menggunakan badannya lebih banyak tetapi dia besar, pantas dan teknikal.”
Marcel Desailly sendiri pernah menyatakan bahawa Maldini sangat tenang berdepan dengan sesiapa sahaja kecuali R9.
Desailly berkata: “Saya dan Paolo bermain di AC Milan, ketika itu Ronaldo bermain di Inter Milan.
“Satu satunya momen yang saya lihat Paolo Maldini risau adalah ketika dia tahu dia akan berdepan dengan Ronaldo.
“Dia sentiasa ingatkan saya: ‘Marcel, sentiasa berada di samping aku, aku perlukan bantuan kamu. Jika dia [Ronaldo] berjaya merampas bola, dia akan belari seperti peluru, dan melepasi kita. Pada masa tu, kita tak akan nampak lagi bayang dia’.”
Baca Juga: Kisah Paolo Maldini Goyang Dan Resah Ketika Lawan Ronaldo Saja