Maleficent: Kisah Sleeping Beauty Dari Sisi Gelap

Dendam Kesumat, Sumpahan Keramat, dan cinta sejati itu adalah 3 tunjang kepada plot cerita ini.

Filem ini adalah versi rewrite kepada versi asal Sleeping Beauty. Namun ianya diceritakan dari sudut gelap. Di mana pergerakan plot adalah berdasarkan pengembaraan hidup si ahli sihir yang jahat.

Dari kecil kita mendengar kisah ahli sihir dalam cerita Sleeping Beauty yang di-Melayukan istilahnya menjad Puteri Beradu. Salah satu nashkah dongeng yang paling popular.

Kita semua tahu yang Sleeping Beauty ni banyak sangat versi rewrite-nya.

Selama ini kita tahu mengutuk ahli sihir sahaja. Dalam movies ini, kita akan dibawa dalam alam ahli sihir yang bernama Maleficent.

Kenapa dia benar-benar marah kepada manusia?

Seriously, ini antara kisah dongeng yang berada dalam top 10 list peribadi saya setakat ini. Ia antara naskah yang menarik untuk kategori, live action fairy tale-fantasy. Ambik kau, panjang tu.

Ahli sihir yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Angelina Jolie ini merupakan yang paling digeruni kerana ilmu hitamnnya yang kuat.

Maleficent sedang bermandrem serta melakukan pesta santau di istana

Dia menguasai sebahagian besar daripada tanah dan hutan belantara.

Ahli sihir bernama Maleficent ini sangat kecewa apabila kepercayaan atas dasar cinta dia dikhianati oleh manusia.

Sayap yang menjadi kekuatan sihirnya telah dicabut oleh Putera Stefan yang selepas itu dimahkotakan sebagai raja.

Dia telah mengeluarkan sumpahan kepada anak King Stefan iaitu Aurora yang hanya boleh dihentikan oleh cinta sejati.

Sumpahan itu menyatakan yang Aurora (Lakonan Elle Fanning, ya dia ni adik Dakota Fanning) – akan mati pada hari jadi ke-16 dia, di mana dia akan ditusuk oleh jarum mesin pemintal.

Stefan buat hal betul, dia scam Maleficent. Mungkin dengan ayat ‘lepas rakam delete’.

Tuan Puteri hanya boleh dibangunkan daripada tidur abadi ataupun koma dengan ciuman cinta sejati.

Maleficent percaya yang tidak akan ada cinta sejati di dunia ini. Sebab itu beliau memilih sumpahan itu.

Ianya juga sumpahan yang sama digunakan oleh ahli sihir versi Puteri Beradu. Dekat sana putera raja tu boleh pakai la. Ni hampeh sikit.

Putera Phillip, budak wicet yang bercinta dengan Aurora. Tetapi hampeh, level tak sampai nak selamatkan Aurora

Dalam filem ini anda akan melihat banyak garapan dari segi persabahatan, kepercayaan dan juga cinta yang lahir secara semulajadi tanpa Maleficent sedari.

Aurora telah dihantar oleh King Stefan dalam belantara untuk mengatasi sumpahan ini. Dijaga oleh 3 pari-pari.

Bu Peri ini tak dapat dipastikan dari mana asal usulnya. Mungkin ada kaitan dengan Bu Peri Bawang Putih Bawang Merah

Stefan menjaga anaknya dengan seaya upaya termasuk mengharamkan mesin pemintal di tanah jajahannya.

Maleficent sangat berdendam dengan King Stefan dan dia memerhatikan Aurora dari kejauhan.

Ada kalanya dia menyelamatkan Aurora daripada terjatuh ke gaung. Dia selalu melawat Aurora dan menakut-nakutkan budak itu yang masih kecil dan mengutuk budak itu sebagai hodoh dan sebagainya.

Namun Aurora dari kecil lagi menyukai Maleficent, wajah yang selalu buat dia tersenyum.

Ada satu ketika Maleficent terpaksa membantu menenangkan Aurora yang kuat menangis kerana dia tak dapat tidur.

Dia mahu memastikan apabila Aurora sudah mencapai usianya, gadis itu akan mati kerana ditusuk oleh jarum daripada mesin pemintal.

Cuma ianya disampaikan dalam bentuk konflik yang sangat tegang. Lama-kelamaaan ada satu connection di antara Aurora dengan Maleficent.

Aurora berjumpa dengan Maleficent buat pertama kali ketika dia kecil. Itupun kerana kecuaian 3 Bu Peri tu tadi la.

Dan the second encounter ketika Aurora sudah remaja menukar arah cerita ini kepada 180 darjah.

Dalam pertemuan ini Aurora berkata dia telah bertemu dengan Fairy Godmother dia ataupun pari pari yang menjaganya.

Ianya kemudian menuju ke plot yang anda tak akan jangka. Jika anda pernah menonton filem The Others lakonan Nicole Kidman, begitulah juga filem ini, ada plot twist yang ringkas tetapi menarik.

Maleficent meluangkan masa membawang bersama Aurora

Dari situ, direction cerita si ahli sihir yang menyumpah dengan anak gadis remaja yang disumpah berubah.

Dalam filem ini akan membawa kita kepada dunia Maleficent sehinggakan kita menganggap dia jauh lagi mulia daripada manusia.

Sedangkan kalau kita hayati apa yang dilakukan oleh manusia itu, pula mereka cuba sedaya upaya melindungi Aurora.

Detik Aurora bertemu dengan mesin pemintal jenama Singer

Filem ini menarik untuk ditonton dengan keluarga. Anda akan dicuit dengan beberapa aksi Angelina yang digambarkan ahli sihir kejam tetapi dia suka mengusik orang.

Maleficent akhirnya tahu cinta sejati itu bukannya daripada kisah klasik seperti biasa, di mana putera raja perlu mencium sang puteri.

Pada 2019, filem ini ada versi kedua tau.

Baca yang lain