Malficent 2: Mistress Of Evil – Kisah Ahli Sihir Menjadi Ibu

Semalam tengok filem Maleficent kedua yang berjudul Maleficent 2: Mistress Of Evil.

Menyesal tak ambil gambar pegang tiket wayang sebagai bukti.

Selain daripada nak tengok sambungannya, saja nak meraikan Angelina Jolie yang kembali ke layar perak.

Filem ni tengah ditayangkan sekarang ini.

Filem ni plot dia tidak rumit cuma konflik dia agak tegang. Ianya mengisahkan Maleficent menjadi ibu kepada Aurora. Kesinambungan daripada episod 1.

Aurora (lakonan Elle Fanning) dah besar panjang kali ini. Dan biasalah, dia pun gatal nak berlaki. Dia ada teman lelaki bernama Putera Phillip lakonan Harris Dickinson.

Phillip ni tak sesabar juga, terus melamar Aurora. Ayah dia pun gembira kerana memang nak menyatukan 2 kerajaan.

Benda ni yang buatkan Maleficent pening. Sebab dia tak percayakan sangat manusia, walaupun anak dia iaitu Aurora adalah manusia.

Lalu dia mendapat nasihat daripada pembantunya si gagak bernama Diaval, di mana si gagak tu tak mahu Maleficent terlalu prejudis ke atas manusia.

Walaupun Maleficent ni ahli sihir dia tetap mengalami tekanan yang sama seperti ibu yang lain.

Anak dia pula beriya nak buktikan ibu dia silap tentang cinta. Maleficent ni pernah kena scam dengan cinta manusia. Itu sebab dia tak percaya.

https://twitter.com/i/status/1188117362152599552

Dan macam ibu yang lain terpaksa si Maleficent ni turutkan dan cuba mengikut resam manusia dalam adat bertemu bakal besan dia.

Konflik mulai berlaku apabila ibu si Phillip iaitu ratu Ingrith ni mulut puaka sikit. Dia pun bermain api dengan Maleficent.

Konflik falsafah Ratu Ingrith dengan sang raja berlaku. Menurut Ingrith, raja terlalu lemah dalam mempertahankan kota mereka.

Dan di sinilah berlaku sedikit ketegangan yang membawa kepada konflik di antara Maleficent dengan Aurora.

Anak gadisnya itu mulai hilang rasa percaya kepada emaknya kerana dicucuk oleh Ratu Ingrith ni.

Sehingga si Maleficent terpaksa melalui penderitaan hati dan naluri. Dia terluka dan terjumpa dengan puak dia, dark Fey.

Puak yang bertanduk, bersayap dan beterbangan seperti Maleficent. Siapa sangka Maleficent ni akan bertemu dengan bangsa dia.

Dalam puak Dark Fey ni ada seorang pula perangai macam si Ingrith ni. Enggan percayakam manusia. Dia nak gunakan Maleficent sebagai sumber utama kekuatan perang mereka.

Maleficent ni spesis yang dari keturunan yang kuat.

Apa yang berlaku telah mencetuskan suasana tegang dan membawa kepada perang. Yang jadi mangsa adalah makhluk di  Moors. Bak kata pepatah Mat Sabu: Elephant fight together.. grass dying in the middle.

Dari segi sinematografi, filem ini masih seperti yang pertama. Dari segi ‘pace’ binaan plot pula pun saya boleh katakan seperti yang pertama.

Persoalan yang akan dirungkai adalah, agenda peribadi yang ada pada Ratu Ingrith dan juga si Borra.

Persoalan adakah anda akan mengutamakan bangsa/puak kamu sendiri daripada menerima risiko dengan mempercayai puak lain yang kamu tak percaya.

Dari segi lakonan, korang pasti akan gembira melihat kepulangan semula Angelina Jolie ke layar perak. Selepas ni dia ada projek jadi superhero Marvel kan?

Filem ini juga mengketengahkan kehidupan kita di dunia ini dengan alam dan hidupan yang lain.

Pengkhianatan, dendam dan cinta semua tu ada dalam ni.

Ayat paling power dalam filem ini yang akan guide mengkome semua: “Ibu saya mahukan perang dan kamu pula berikannya.”

Secara keseluruhan filem ini masih di tahap yang bagus untuk sekuel kepada filem yang saya anggap berjaya sebelum ini.

Korang boleh baca ulasan filem yang pertama di sini yang agak minor spoiler. Boleh la buat guide ataupun penaik semula semangat korang nak tengok filem ini.

Dan sini trailer untuk filem ini: