‘Malu Sikit, Tu Bukan Isteri, Tapi Awek’

Telah tular satu video di mana seorang lelaki meninggikan suara di sebuah hospital di ibu negara.

Ada la benda yang brader ni tak puas hati sambil menjerit jerit sampai bingit satu hospital. Maklumlah depan awek kan.

Lelaki tersebut marah dan hilang kawalan kerana tidak berpuas hati dengan seorang individu lain yang melanggar dia dan aweknya dalam satu kemalangan jalan raya.

Pada mulanya seorang polis dengan tenang cuba menenangkan lelaki itu. Namun dia terus agresif dan tidak mempedulikan polis tersebut.

Abang polis meminta lelaki yang dimakinya untuk beredar dari tempat tersebut. Dan brader ni terus menjerit memanggil lelaki tu.

Akibat dia terus agresif dan tidak dapat ditenangkan, terpaksa la abang polis pun keluarkan cota.

Daripada seekor harimau, dia terus menikus melihat cota tersebut dan mengakui dia salah.

Polis tersebbut menyatakan bahawa tindakannya telah mengganggu ketenteraman di hospital tersebut.

Polis itu bertanya kepadanya: “Nak panjang kes atau nak pendek kes? Pendek? Okey malu sikit.”

“Tu bukan isteri, ni awek (kekasih) tahu tak?” kata polis tersebut.

Tiba beberapa anggota yang lain membantu untuk mengawal keadaan itu.

Kita tahu brader ni sedang sedih sebab dilanggar. Namun kena la lebih tenang dan kita semua ada lunas undang-undang.

Nak tak pasal pasal jadi benda lain pula. Semoga dia dan awek dia cepat sembuh.

Baca yang lain