Mamat Bangladesh Yang Burukkan Malaysia Dikehendaki Jabatan Imigresen

Seorang lelaki warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir kini menjadi dikehendaki oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi membantu siasatan.

Rayhan yang beriya muncul dalam laporan 101 East Al Jazeera dengan pelbagai tohmahan dan dakwaan palsu. Dalam video itu juga  Al Jazeera telah melemparkan banyak tuduhan tak berasas.

Dia turut mendakwa wujud diskriminasi dalam cara Malaysia mengendali kes Covid-19 membabitkan warga asing terutamasa sekali pendatang asing tanpa izin.

Malah paling gila, Rayhan menyatakan selama ini dia kagum dengan Malaysia dan kini berubah pendirian lalu mahu keluar dari negara ini. Hmmm….

Rayhan sudah berada di Malaysia 2014 menyatakan kesediahannya kerana kawannya ditangkap dan dia tak tahu sama ada rakannya itu diberikan makan atau tak.

Rayhan seterusnya menyatakan kawannya bukan penjenayah pun, cuma tak ada dokumen menetap di Malaysia yang sah. Dan Rayhan menyalahkan syarikat yang tidak memperbaharui visa rakannya.

Jabatan Imigresen Malaysia hari ini meminta kerjasama orang awam untuk menjejak Md Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Ianya berkaitan dengan kenyataan yang dia buat di dalam temuramah dengan syarikat penyiaran Al Jazeera berkenaan.

Kenyataan Media Jabatan Imigresen Malaysia

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

16 ZULKAEDAH 1441H / 07 JULAI 2020

ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama MD RAYHAN KABIR.

Nombor pasport BW0974403 berumur 25 tahun dan alamat terakhir beliau adalah SIRHAN LEGACY SDN BHD B-7-9 MENARA UNCANG EMAS, NO 85 JALAN LOKE YEW 55200, KUALA LUMPUR bagi tujuan membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan