Hasrat seorang jantan yang mahu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menjual ‘hand sanitizer’ dengan harga yahudi mabuk, tidak kesampaian. Ini apabila laman penjualan atas talian menyekat tindakan tersebut.
Lelaki yang bernama Matt Colvin dari Tennessee, Amerika Syarikat telah memborong habis licin kesemua sanitizer di farmasi, pasaraya serta kedai runcit di kawasan berdekatan.
Selepas membeli, Matt Colvin telah menjualnya semula di Amazon dan Ebay. Namun tindakan Matt Colvin menjadi sia-sia.
Ini apabila kedua dua laman tersebut mengharamkan penjualan itu dan akaun dia disenarai hitamkan.
Matt Colvin yang tamak haloba itu telah membeli 17,700 santizer. Dan dia sudah membayangkan duit melayang jatuh dari langit dengan menjualnya semula.
Ini kerana berlakunya inflasi yang teruk pada harga hand sanitizer.
Tak dapat jual
Akibat daripada tindakannya itu, Matt Colvin kini disiasat. Dan kertas pertuduhan ke atasnya sudah dibuka.
Lalu Matt Colvin telah memutuskan untuk mendermakan kesemua sanitizer itu kepada mereka yang memerlukan. Atas alasan dia tak dapat menjualnya.
After the NYT article about Matt Colvin — guy who amassed 17k+ bottles of hand sanitizer — the Tennessee AG shut him down & has been going to his storage units to facilitate the "donation" of the items to local community groups and first responders. 👏🏼👏🏼👏🏼pic.twitter.com/RuHIt3F39F
— Minh Ngo (@minhtngo) March 15, 2020
Colvin mengakui, dia dan adiknya telah mengumpul kesemua stok sanitizer itu bermula 1 Mac lalu selepas mendengar wabak Covid-19 semakin menular di Amerika Syarikat.
Dan mereka berdua memandu kereta selama 3 hari di sekitar Tennessee, membeli kesemua stok sanitizer yang ada.
Selepas itu, mereka berdua menjual sebotol sanitizer dengan harga sehingga $70 (RM280) sebotol.
Disenarai hitam
Amazon kemudian memadamkan senarai barangan yang dijualnya termasuk Sanitizer, tisu lap basmi kuman / sanitising wipe, dan topeng muka dengan harga melambung (marked up price).
eBay juga mengambil tindakan yang sama ke atas barangan yang dijual oleh Matt Colvin.
Walaupun dia kelihatan mulia dan murah hati selepas itu, Matt Colvin tetap dikecam. Ramai menganggap tindakannya untuk menderma tak lebih daripada meraih simpati agar dia tak dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Matt Colvin dan adik lelakinya kini menanggung kerugian yang agak besar dengan modal yang mereka laburkan.
Malah ada yang membuka petisyen mahu Matt Colvin dihukum berat.
Matt menyesal
Mereka berdua juga bakal berdepan dengan pendakwaan di mahkamah.
Matt berkata: “Saya tak pernah berniat untuk ‘merampas’ keperluan kesihatan seperti ini daripada mereka yang memerlukan.”
“Ini bukan menggambarkan manusia jenis apakah saya ini,” tegasnya sambil menangis dan menyesal.
Update: Matt Colvin has donated all of the supplies. “It was never my intention to keep necessary medical supplies out of the hands of people who needed them,” he said. “That’s not who I am as a person.” https://t.co/WIbhyJyu6m
— The New York Times (@nytimes) March 16, 2020
Matt menyatakan apa yang berlaku dalam 48 jam itu adalah tidak sama sekali menggambarkan dirinya yang sebenar. Dia cuma melakukan kesilapan sebagai manusia biasa.
Matt berdepan hukuman berat
Pendakwararaya Herbert H. Slatery III menyatakan mereka sudah menghantar surat mahkamah kepada Matt Colvin.
“Kami tak akan berkompromi dengan permainan harga ketika ramai yang memerlukan barang tersebut ketika ini. Kami akan mengambil tindakan yang sangat tegas.”
Berdasarkan akta kawalan harga di Tennessee, mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga melampau ketika darurat melibatkan keperluan seperti gas, makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain, mereka boleh didenda sehingga $1,000 (RM4,000) untuks setiap kesalahan.
Tennessee mengumumkan darurat pada 12 Mac. Secara automatik, Matt Colvin akan didakwa berdasarkan akta darurat tersebut.
Namun Matt Colvin menyatakan dia tidak bersalah kerana tidak menjual apa-apa pada ketika ini.
Matt Colvin, 36, merupakan bekas tentera udara berpangkat sarjan. Dia menyatakan sudah berniaga di Amazon sejak 2015.
Matt Colvin sudah menjana pendapatan 6 angka dengan menjual semula barangan seperti kasut Nike, barangan mainan, dan juga barangan lain berdasarkan trend.
Colvin menjual semula sanitizer, topeng muka dan termometer. Di mana kos untuk satu pek adalah sekitar $5.
Matt Colvin mendapat harga diskaun kerana membeli dengan jumlah banyak dan mendapat harga $3.50 seunit.
Dia cepat cepat menjual kesemua 2,000 sanitizer dan 50 pek topeng muka di Ebay dengan harga sekitar $40 ke $50 seunit, dan kadangkala lebih tinggi.
Matt Colvin juga terkejut dengan sambutan di Amazon. Di mana, ada satu sanitizer yang hanya berharga $1 di pasaran telah berjaya menarik pelanggan walaupun dijual dengan harga $40 termasuk kos penghantaran oleh Amazon sekitar $10 in shipping.
Sanitizer yang ada alkohol ni mahal sikit kos penghantarannya kerana ianya dalam kategori barangan berisiko.