Wes Brown membuat lontaran ke dalam kepada Paul Scholes, Scholes kembali kepada Brown dan Brown melakukan hantaran 1-2 dengan Scholes.
Hantaran lintang dari Brown ke dalam kotak penalti dan Ronaldo…
Michael Essien melakukan percubaan dari jarak 25 meter, terbias dan disambar oleh Frank Lampard.
Didier Drogba dilayangkan kad merah pada masa kecederaan. Ronaldo dan John Terry gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Edwin Van Der Sar menyelamatkan sepakan penalti terakhir dari Nicholas Anelka.
Manchester United menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2007/08 menewaskan Chelsea dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1.
Itulah musim terbaik kelab dari Liga Perdana Inggeris di kejohanan tertinggi eropah sejak format pertandingan dikemaskini pada tahun 2003.
Pada musim tersebut, menyaksikan Manchester United, Chelsea dan Liverpool mara ke peringkat separuh akhir.
Arsenal menjadi korban kepada Liverpool di suku akhir, Liverpool terkorban di tangan Chelsea di separuh akhir seterusnya giliran Chelsea tumbang di tangan Manchester United.
Kelab Liga Perdana Inggeris mendominasi kejohanan eropah selama 8 musim bermula pada 2005 sehingga 2012. 7 final menyaksikan Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Man Utd mara ke peringkat tersebut.
- 2004/05: Liverpool vs AC Milan
- 2005/06: Barcelona vs Arsenal
- 2006/07: AC Milan vs Liverpool
- 2007/08: Man Utd vs Chelsea
- 2008/09: Barcelona vs Man Utd
- 2009/10: Inter Milan vs Bayern Munich
- 2010/11: Barcelona vs Man Utd
- 2011/12: Chelsea vs Bayern Munich
Dalam tempoh tersebut juga, 14 kali kelab Inggeris berada di separuh akhir dari 32 (4 kelab x 8 musim), 21 kali (32) di suku akhir dan 28 kali pusingan 16 (32).
Pencapaian itu jauh lebih baik dari kelab Sepanyol yang hanya mencatat 3 kali final, 11 kali separuh akhir, 14 kali suku akhir, 27 kali pusingan 16.
Hanya 4 kali kelab Inggeris terkandas di peringkat kumpulan iaitu Man Utd pada musim 2005/06, Liverpool 2009/10 dan Man City, Man Utd 2011/12.
Bermula pada tahun 2012, kelab Inggeris mula hilang cengkaman dan kelab Sepanyol kembali menguasai kejohanan tersebut.
Sehingga 2018, kelab Sepanyol kembali garang dengan tampil 7 kali di final. Hanya Liverpool yang muncul di final pada tahun 2018 ketika tewas kepada Real Madrid.
Pada edisi 2019/20, kita kembali melihat 4 kelab dari Inggeris mara ke pusingan kalah mati secara 3 musim berturut-turut. Pada 2 edisi lepas 3 kali kelab Inggeris ke pentas final (Liverpool 2x, Tottenham), Kelab Sepanyol hanya 1 kali.
Adakah kelab Inggeris kembali menguasai Liga Juara Eropah?
Nasib diperlukan dalam undian 16 pasukan bagi saingan kalah mati. Man City dan Liverpool berjaya menamatkan peringkat kumpulan sebagai juara sementara itu Chelsea dan Tottenham mara sebagai naib juara kumpulan.
Kemungkinan untuk mereka bertemu sesama sendiri akan wujud.
Selain dari kemungkinan diatas berlaku, kelab ini juga perlu berharap tidak bertemu pasukan yang mempunyai rekod paling baik di pusingan ke-2 iaitu Barcelona dan Bayern Munich.
2 kelab ini majoritinya menang di peringkat ini sejak 2003. Walaupun Bayern tewas di pusingan ke-2 pada musim lepas, tetapi gergasi Jerman ini menang 11 kali dari 14 perlawanan.
Sementara itu Barcelona hanya tewas 2 kali dari 15 penampilannya di pusingan ke-2.
Pada Isnin nanti juara kumpulan akan diundi menentang naib juara kumpulan. Berikut adalah 8 juara kumpulan,
- Barcelona (SEP)
- Bayern Munich (JER)
- Juventus (ITA)
- Liepzig (JER)
- Liverpool (ENG)
- Manchester City (ENG)
- Valencia (SEP)
- Paris Saint Germain (PER)
8 juara ini akan diundi menentang 8 pasukan naib juara iaitu,
- Atalanta (ITA)
- Atletico Madrid (SEP)
- Chelsea (ENG)
- Borussia Dortmund (JER)
- Lyon (PER)
- Napoli (ITA)
- Real Madrid (SEP)
- Tottenham Hotspur (ENG)
Melihat kepada pencapaian 2 musim lepas, adakah kelab dari Inggeris akan mendominasi sekali lagi pentas Liga Juara Eropah seperti tahun 2005 hingga 2012?