Man City Atasi Arsenal Untuk Bergelar Juara EPL 2023/24

Manchester City rasminya bergelar juara EPL musim 2023/24. Cityzens kini menjadi kelab Inggeris pertama menjuarai EPL untuk 4 musim berturut turut.

City turut ke perlawanan terakhir dengan kelebihan 2 mata di atas pasukan tangga kedua, Arsenal.

Persaingan hari terakhir untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah melibatkan 2 penjuru di antara Arsenal dan City yang masing masing beraksi di gelanggang sendiri.

Pengurus West Ham, David Moyes sebelum sepak mula menyatakan adalah sukar untuk menyekat Manchester City namun berjanji akan melakukan tugasan mereka secara profesional.

“Nak sekat skuad B-14 Man City untuk juara liga pun susah, namun satu kata yang saya boleh katakan, profesional,” kata Moyes.

City berdepan dengan West Ham di Etihad. Sementara itu Arsenal melayan kunjungan pasukan di kelompok bawahan, Everton.

Man City tidak menunggu lama untuk mencetak gol pertama menerusi Phil Foden pada minit kedua.

Foden kemudian menambah gol kedua pada minit ke-18 untuk membolehkan Man City lebih tenang.

Arsenal di Emirates kemudian ketinggalan 0-1 di tangan Everton hasil jaringan Idrisse Gueye minit ke-40.

Di Etihad Man City bolos menerusi gol Mohamed Kudus untuk menjadikan kedudukan 2-1 di Etihad.

Seminit kemudian, pada minit ke-43 Tomiyasu menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan mendatar yang deras menewaskan Pickford.

Ketika Arsenal bergelut mencari gol kedua, Rodri di Etihad telah mencetak gol ketiga buat Man City pada minit ke-59, yang membolehkan mereka semakin hampir dengan kejuaraan liga.

Rodri sekali lagi menjadi pemain yang memiliki rekod menjaringkan gol di perlawanan penentuan.

Kini Arsenal berharap West Ham mampu mencetak 2 gol lagi dan mereka perlu mencari satu lagi gol untuk mengatasi Everton.

Pada minit ke-87, Thomas Soucek mencetak gol kedua untuk merapatkan jurang kepada 3-2. VAR menyemak gol tersebut kerana dakwaan pemain pemain City bahawa bola sudah terkena tangan.

Di Emirates pula Arsenal mencetak gol pendahuluan menerusi Kai Havertz. Namun di Etihad gol Soucek itu dibatalkan kerana handball. Kemudian di Emirates pengadil turut menyemak VAR, NAMUN gol itu diberikan.

Tiada tambahan gol kemudian di kedua dua venue dan Man City sah menjadi juara. Arsenal sekali lagi menjadi naib juara.