Man City Hantar Bantahan Rasmi, Ketua Pegawai Perundangan Adalah Peminat Arsenal

Manchester City kini masih dalam siasatan berhubung dengan lebih 100 salah laku melibatkan salah tadbir kewangan.

Dan mereka bakal berdepan dengan audit daripada suruhanjaya bebas yang dilantik oleh Premier League.

Namun begitu, pihak Man City tidak berpuas hati. Kerana salah seorang daripada pegawai perundangan yang terlibat dalam audit tersebut adalah peminat Arsenal.

Dia malah memiliki kad keahlian kelab Arsenal.

Lantas mereka merasakan bahawa, keputusan siasatan pasti akan tidak berpihak kepada mereka sebelum ia bermula sekalipun.

Memandangkan Arsenal adalah kelab yang boleh mendapat manfaat jika Man City dikenakan pemotongan mata.

Ini kerana Arsenal adalah pesaing utama City dalam kejuaraan liga musim ini.

Individu yang dimaksudkan adalah Murray Rosen KC.

Man City meminta nama Murray Rosen dikeluarkan serta merta daripada kes ini.

 

Manchester City bertegas bahawa mereka tidak pernah melakukan apa apa kesalahan FFP.

Dengan mengeluarkan hujah bahawa, sebelum ini mereka menang kes di CAS ketika UEFA mengenakan penggantungan 2 tahun daripada aksi UCL ke atas mereka.

Namun, UEFA ada kelemahan dalam peraturan sebelum ini. Yang menyebut bahawa, kes yang lebih daripada 5 tahun lamanya, dikira kes lapuk dan tak sah.

Berbeza dengan Premier League yang tidak memiliki peraturan seperti itu.

City tetap yakin akan menang kes ini dan membersihkan nama kelab mereka yang telah tercemar.

Baca yang lain