Man City Hentikan Rundingan Dapatkan Paqueta Kerana Disiasat Kes Judi

Man City dilaporkan telah menghentikan seketika rundingan untuk mendapatkan Lucas Paqueta dari West Ham.

Man City dipercayai membida £85 juta atau sekitar €101 juta untuk pemain itu pada Rabu lalu yang ditolak oleh West Ham yang membeli pemain itu £51 juta sebelum ini.

Dia menjadi nadi penting West Hama dalam kejayaan menjadi juara Piala Persidangan Eropah musim lalu, terlibat dalam 12 gol dalam 41 penampila bersama Hammers.

Man City menguatkan usaha memburu Paqueta kerana kecederaan yang dialami oleh Kevin De Bruyne.

West Ham meminta £105 juta tetap daripada City. Dan juara treble itu agak keberatan untuk membayar angka itu. Dan masih cuba berunding dengan West Ham tentang harga dan pakej bayaran.

Namun FA England telah mengeluarkan kenyataan bahawa Lucas Paqueta kini disiasat atas kes perjudian melibatkan pertaruhan bola sepak.

Dan kini West Ham dalam keadaan resah menunggu sama ada pemain tengah itu akan dikenakan tindakan oleh FA England.

Segalanya bermula apabila FA England mengesyaki kad kuning Paqueta menentang Aston Villa  pada 12 Mac lalu agak meragukan.

Siasatan awal mendapatkan bahawa, pada hari itu, ada beberapa akaun pertaruhan baharu dicipta di Betway. Dan kesemua akaun itu adalah milik mereka yang dekat dengan Paqueta.

Mereka kemudian mempertaruhkan wang pertaruhan maksimum yang mereka dapat.

Dalam satu butiran pertaruhan ditulis: Mereka yang bertaruh akan mendapat wang jika Paqueta mendapat kad kuning menentang Villa, jika penyerang Betis, Luis Henrique turut menerima kad kuning dalam aksi menetang Villarreal pada hari yang sama 12 Mac 2023.

Lembaga Pengarah Man City sebulat suara menyatakan bahawa rundingan yang sedia ada hanya akan disambung semula jika kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Namun jendela perpindahan berbaki kurang dua minggu saja lagi.

Paqueta akui terkejut dengan siasatan yang dilancarkan ke atasnya. Sebelum ini Ivan Toney pernah dikenakan tindakan atas kesalahan judi bola sepak.

Di mana pemain itu yang mengkui kesalahannya telah dikenakan denda £50,000 ke atas 232 siri pertaruhan yang dia lakukan. Oleh kerana pemain itu mengakui kesalahannya, maka dia diringankan penggantungan dan boleh bermain semula selepas 16 Januari 2024. Itupun masih dianggap hukuman berat dikenakan ke atas Toney.

Toney dilarang terlibat dalam bola sepak untuk kelab dan negaranya.