Man City Jual Jersi Penjaga Gol Walker Secara Rasmi

Dalam aksi Manchester city berhadapan dengan Atalanta pada perlawanan ke-4 UCL peringkat kumpulan, Kyle Walker telah menjadi penjaga gol emergency Untuk pasukannya.

Ini selepas Claudio Bravo dilayangkan kad merah kerana mengasari Ilicic.

Bravo sebelum itu masuk sebagai pemain gantian mengggantikan Ederson yang tidak dapat meneruskan perlawanan.

Walker masuk pada minit ke-83. Dan beliau sempat melakukan satu save dalam aksi tersebut. Walker turut melakukan clean sheet untuk pasukannya.

Lebih menarik, Walker melakukan saves lebih banyak daripada Ederson dan juga Bravo.

Walker juga menjadi penjaga gol Inggeris pertama melakukan save dalam UCL selepas Ben Hamer untuk Leicester pada 2016.

Manchester City telah melakukan sedikit penghargaan dan ‘fun’ untuk Kyle Walker.

Mereka turut menjual jersi penjaga gol dengan nama Walker di belakang. Jika dalam aksi menentang Atalanta Walker tiada nama di belakang jersi.

Kali ini anda boleh mendapatkan jersi beliau lengkap dengan nombor dan nameset.

Terdapat 3 jersi tersedia untuk anda miliki:

Home, away dan jersi ketiga.

Anda boleh menempah di gedung rasmi Man City menerusi atas talian.

Klik link di bawah kalau berminat:

*Korang klik kalau tak percaya benda ni official diorang jual.

Home Kit

Away Kit

3rd kit

Baca yang lain