Man City King Eropah Sebenar, Julang Trofi Piala Super Eropah Selepas UCL Beberapa Bulan Lalu

Manchester City membuktikan bahawa mereka King Eropah sebenar musim 2023. Apabila merangkul double untuk kejuaraan Eropah.

Skuad bimbingan Pep Guardiola berdepan dengan Sevilla pada aksi Piala Super Eropah 2023. Aksi yang mirip kepada Perisai Komuniti dalam liga domestik di England.

Pep Guardiola menurunkan pertahanan £100 juta mereka, Josko Gvardiol dalam perlawanan ini.

Seperti laporan sebelum ini, midfielder paling berpengaruh mereka, Kevin De Bruyne berehat panjang kerana kecederaan di bahagian hamstring yang memerlukan pembedahan.

Man City melupakan kegagalan dalam Perisai Komuniti sebelum ini dengan memenangi Piala Super Eropah.

Juara UCL 2022/23 itu berjaya mengatasi Sevilla pada perlawanan yang agak mendebarkan sehingga terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Ini selepas kedua dua pasukan terikat 1-1 untuk 90 minit.

Sevilla sempat mendahului Man City pada separuh masa pertama menerusi En Neysri. Dan disamakan oleh City pada separuh masa kedua menerusi pemain muda yang terus meningkat naik Cole Palmer.

Dalam penentuan penalti Man City memperbaiki aksi penalti hambar mereka menentang Arsenal sebelum ini di mana mereka kalah 1-4 pada penentuan penalti Perisai Komuniti 2023 di Wembley.

Kali ini Man City melakukan penalti sempurna 5/5. Manakala Sevilla gagal dalam penalti terakhir mereka.

Dengan keputusan ini, Man City meraih satu lagi koleksi piala eropah mereka selepas menjuarai UCL musim lalu.

City berpeluang melengkapkan musim gemilang mereka dengan Piala Dunia Kelab yang akan mereka sertai selepas ini.

Syabas kepada Manchester City yang terus mengumpul koleksi medal dan trofi mereka.

Di luar padang, Man City masih berusaha untuk mendapatkan Lucas Paqueta dari West Ham, terutama sekali selepas kehilangan De Bruyne untuk sekitar 4 bulan.

Namun rundingan pada ketika ini masih rumit kerana West Ham berharap City menaikkan angka bidaan mereka. City sudah membida £70 juta untuk pemain antarabangsa Brazil itu.