Man City Mahukan Eze Jadi Pengganti De Bruyne

Manchester City kini dalam rundingan untuk mendapatkan bintang Crystal Palace, Eberechi Eze untuk menggantikan Kevin De Bruyne yang sedang menuju pintu keluar dari kelab itu.

Ini selepas pemain itu berminat untuk menerima tawaran gaji lumayan. De Bruyne menarik minat 2 kelab di bawah dana berdaulat kerajaan Arab Saudi PIF iaitu Al Ittihad dan Al Nasr.

City masih berharap agar Kevin De Bruyne akan terus kekal bersama mereka. Dan jika De Bruyne kekal, Eze tetap akan menjadi pemain yang penting untuk jangka masa panjang kelab tersebut.

Eze merupakan pemain Crystal Palace dan dia diletakkan nilai pasaran sekitar £68 juta.

Palace sudah sedia menjual Eze dengan alasan mustahil untuk mereka menghalang pemain itu daripada pergi.

Pep Guardiola meminati gaya permainan Eze yang bertenaga dan rajin itu. Dia menikmati musim cemerlang musim lalu dan menjadi pemain utama England di Euro 2024.

Kini dia berpeluang untuk beraksi di UCL bersama dengan juara bertahan EPL.

De Bruyne kini sedang dalam rundingan. Dan laporan terbaru menyebut bahawa dia sudah mempersetujui terma dan syarat menyertai Al Ittihad.

De Bruyne dianggap sebagai playmaker terbaik sepanjang zaman untuk City dengan 102 gol dan 170 assist serta 15 trofi bersama sama dengan Man City.

Pelantikan Laurent Blanc di Al Ittihad dan kehadiran pengarah sukan PIF, Emenalo menjadi daya tarikan untuk pemain itu.

De Bruyne rapat dengan Emenalo yang membantu menyertai Chelsea pada satu ketika dahulu. Sejak itu hubungan mereka sangat rapat.

Dan kini Emenalo menjadi ketua pembangunan untuk Liga Pro Saudi.