Manchester City meminta Julian Alvarez bertenang dahulu dengan keputusannya mahu meninggalkan kelab itu.
Manchester City sedia mengadakan satu pertemuan untuk memujuk pemain itu agar terus kekal di Manchester City. Man City tidak pernah merancang untuk menjual pemain itu.
Julian Alvarez bagaimanapun mahukan lebih minit permainan. Dan City tidak dapat memberikan jaminan kepada pemain itu. Memandangkan Erling Haaland adalah penyerang utama di kelab itu.
Situasi Julian Alvarez ini telah menarik perhatian PSG yang berminat untuk ‘meracun’ pemain itu agar datang menyertai mereka.
PSG sebelum ini dikaitkan dengan nama Victor Osimhen. Dan kini mereka sedia beralih ke pilihan jauh lebih murah iaitu Julian Alvarez.
PSG sedia menawarkan kontrak yang besar kepada pemain tersebut dan menjanjikan minit permainan untuk pemain itu.
Pemain penyerang antarabangsa Argentina itu kini masih bersama dengan pasukan kebangsaan dan fokusnya adalah untuk final Copa America menentang Colombia pada Ahad ini.
Man City sebelum ini sudah menawarkan kontrak baharu yang dikatakan untuk durasi 4 tahun kepada Julian Alvarez tetapi pemain itu menolaknya. Dan dia sudah menyatakan bahawa hasratnya mahu mencari pasukan baharu.
Dia sudah memenangi segalanya di Man City dan merasakan sudah tiba untuk dia mengutamakan minit permainan.
🚨🔵 Manchester City will talk again to Julián Álvarez's camp to discuss his situation after the Copa America.
Álvarez wants to play more, City never wanted to sell him or even communicate price tag.
PSG among clubs interested but City insist on plan to keep Julián. pic.twitter.com/rGeZ2i4l2Q
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 14, 2024
Selain daripada PSG, pasukan Chelsea juga berminat untuk mendapatkan Julian Alvarez. Beberapa bulan lalu, Chelsea dikatakan mahu melaksanakan polisi perpindahan yang sama mereka buat ketika mendapatkan Cole Palmer iaitu mendapatkan pemain muda dari Man City.
Julian Alvarez antara pemain penting Guardiola sebagai pemain squad depth. Dia memberikan impak besar setiap kali diturunkan sama ada sebagai kesebelasan utama atau pemain gantian.
Oleh sebab itu Guardiola sangat sayangkan Alvarez agar untuk terus kekal di kelab tersebut.
Manchester City bagaimanapun sudah meletakkan tanda harga £70 juta jika ada kelab yang mahukan Julian Alvarez. Cuma ketika ini mereka masih menunggu Copa America berakhir untuk mereka berjumpa sendiri dengan Alvarez dan memujuk dia agar terus kekal dalam projek Manchester City.
Berita Alvarez mahu berpindah ini mengejutkan peminat City. Kerana sebelum ini Kevin De Bruyned dan Ederson juga sudah memberitahu kelab bahawa mereka berminat untuk berpindah ke kelab Arab Saudi.
De Bruyne malah berkata: “Jika mereka datang dengan tawaran setahun bersama dengan kerja saya 15 tahun di Eropah, kenapa tidak?”
De Bruyne menyatakan dia tak pernah mempersoalkan isu hak asasi kemanusiaan di Arab Saudi yang kerap dikritik blok barat. Kerana menurutnya setiap negara itu ada cara tersendiri untuk mereka mentadbir negara mereka dengan undang undang mereka sendiri.