Pep Guardiola dilaporkan sudah mengenalpasti pengganti utama Ederson untuk jangka masa panjang menurut laporan.
Pep Guardiola sangat menekankan aspek penjaga gol dalam tark
FootballTransfers melaporkan bahawa Diogo Costa adalah calon utama untuk menggantikan Ederson.
Ederson berdepan dengan isu prestasi sejak dia menyatakan secara terbuka dia mahu ke Liga Saudi, sebaik sahaja mendengar ada tawaran dari sana untuknya.
Ederson sudah layak digelar legenda kelab. Membantu Man City menjuarai treble sebelum ini dan beberapa lagi trofi. Kontrak semasa penjaga gol berusia 31 tahun itu akan berakhhir 2026.
Dengan kedua dua pihak masih berdiam tentang sebarang rundingan untuk lanjutan kontrak.
Diogo Costa yang sebelum ini dikaitkan dengan banyak kelab besar, memutuskan untuk terus kekal bersama Porto.
Kini penjaga gol itu pastinya sudah sedia untuk menerokai pengalaman dan cabaran baharu di dalam kariernya.
Diogo Costa menjadi penjaga gol terbaik di Liga Portugal musim lalu dan kini sedang mendahului carta clean sheet untuk musim ini juga.
Costa terus meningkat naik dalam kualiti permaianannya terutama sekali dalam aspek ball playing. Aspek permainan yang paling dimahukan Pep Guardiola.
Diogo Costa sudah bermain untuk Porto sejak 2011, dari akademi lagi, dan sudah bermain dalam 120 perlawanan liga utama.
Dia menjadi penjaga gol utama Portugal dalam Euro 20204 dan mencipta rekod menjadi penjaga gol pertama menyelamatkan 3 penalti dalam penentuan penalti menentang Slovenia.
Kini penjaga gol itu boleh membentuk gandingan dengan beberapa rakan senegaranya di Man City termasuk Ruben Dias, Bernardo Silva dan Matheus Nunes.
Ederson kini bergelut untuk memahatkan namanya sebagai penjaga gol utama kelab. Dia kini disaingi oleh Stefan Ortega.
🚨 Manchester City are considering signing Porto goalkeeper Diogo Costa as a replacement for Ederson this summer.
(Source: @Transfersdotcom) pic.twitter.com/HXbkEfxKvE
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 19, 2025
Stefan Ortega pula sudah berusia 32 tahun. Jadi tidak ada peluang untuk dia menjadi penjaga gol utama pada jangka masa panjang.
🙂