Man City Tak Pernah Mahukan Bruno Fernandes Kerana Tak Cukup Bagus

Seorang koresponden Man City di DAZN, iaitu Jonathan Smith telah mendedahkan kisah sebenar tentang spekulasi Man City dengan Bruno Fernandes.

Man City antara pasukan terawal dikaitkan dengan Bruno Fernandes. Namun Bruno Fernandes dilaporkan memilih Man United dan menolak sebarang tawaran daripada kelab lain termasuk Man City.

Malah Nani juga mendedahkan bahawa beliau ada mendengar Man City mahu menghampakan Man United dalam usaha memburu Bruno Fernandes.

Lantas Nani menasihatkan rakannya itu untuk memilih Man Utd dan bukannya Man City.

Laporan beberapa akhbar sebelum ini menyatakan Manchester City sudah beberapa kali merisik Bruno Fernandes.

Namun begitu, Jonathan Smith tampil dengan pendedahan yang mengejutkan. Beliau menyatakan Man City tak pernah berminat dengan Bruno Fernandes kerana merasakan pemain itu tidak cukup bagus untuk mereka.

Ada beberapa pertimbangan yang diambil kira oleh Manchester City. Walaupun Bruno Fernandes awalnya dilihat sebagai pengganti terbaik kepada David Silva yang akan meninggalkan Man City selepas tamat musim ini.

Smith juga menyatakan bahawa, pasukan pemantau bakat Man City memang ada memantau pemain itu ketika pemain itu dilihat sebagai prospek yang hebat.

Malang sekali Man City menyatakan pemain itu tidak cukup bagus dan posisi beliau bukan keutamaan bagi City.

Manchester City melihat Bruno Fernandes bukan seorang pemain yang bagus dalam mengekalkan bola untuk mengekalkan penguasaan.

Oleh sebab itu Man City tak pernah hampir untuk mendpatkan Bruno Fernandes.

Sejak menyertai Man Utd, Bruno Fernandes telah menjadi pemain yang memberikan impak luar biasa. Beliau telah menjadi pemain terbaik bulanan Man United di atas kecemerlangannya.

Ole Gunnar Solskjaer menyatakan mereka kini memiliki seorang pemain no.10 yang bagus. No.10 yang mereka cari cari selama ini.

Bruno Fernandes cepat menyesuaikan diri dengan Man United dan juga persekitaran Liga Inggeris.

Beliau telah menjadi perancang tengah yang sangat berkesan pada ketika ini. Berjaya memperbaiki beberapa kelemahan United di tengah terutama sekali dari segi dinamik dan juga hantaran.

Sejak menyertai Man United, beliau sudah menyumbang secara langsung kepada gol sebanyak 5 kali dalam 6 perlawanan beliau bermula.

Selain itu, beliau juga membantu Man United tak kalah dalam tujuh perlawanan sejak hari pertama beraksi untuk Man United.

Selain daripada sudah sah mendapat Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Man United, Bruno Fernandes juga calon pilihan untuk menang Anugerh Pemain Terbaik Bulanan EPL.

Beliau seorang pemain yang kompetitif dan sangat rajin di atas padang. Mampu menjaringkan gol dan pada masa yang sama kreatif dalam mencipta peluang gol.

Bruno Fernandes akan berhadapan dengan Man City pada aksi derbi Manchester yang pertama beliau pada hari ini.

Pastinya sudah tak sabar menyaksikan perlawanan tersebut bukan?