Man City Tawarkan Gaji Setaraf De Bruyne Atau Haaland Kepada Peguam Andalan Mereka

Manchester City telah kembali merujuk kepada peguam yang bertanggungjawab untuk mengalahkan UEFA ketika mereka cuba membuktikan mereka tidak bersalah di tengah-tengah dakwaan salah laku daripada Liga Perdana pada ktika ini.

Korang masih ingat dengan peguam yang berjaya menghentikan Brexit 2 kali dulu? Ya! Dia akan mengetuai pasukan guaman City sekali lagi.

Lord Pannick KC dari Blackstone Chambers sekali lagi akan menjadi orang yang ditugaskan untuk memimpin Citizens menuju kemenangan dalam menafikan segala pertuduhan salah laku kepada mereka.

Pannick berada di barisan hadapan pasukan yang mengemudi juara Liga Perdana itu mengatasi UEFA selepas dakwaan salah laku kewangan pada 2020.

Pannick mempunyai sejarah yang panjang bersama City, termasuk berjaya mewakili kelab apabila mereka merayu terhadap pembayaran bekas pengurus Joe Royle selepas dipecat pada 2001.

Pannick memiliki ratio kemenangan yang luar biasa.

Man City berharap Pannick boleh memberikan mereka kemenangan ketiga berturut turut apabila dia menjadi peguam mengetuai kelab menentang organisasi Liga Perdana, yang boleh membuktikan sebagai pertempuran terbesar yang pernah dihadapi kelab itu di mahkamah.

Pannick akan dibayar dengan cuku lumayan sekali. Peguam itu dilaporkan yuran guaman sekiat £5000-£10,000 sejam.

Apabila angka itu dipecahkan, Pannick mungkin memperoleh pendapatan sebanyak £400,000 seminggu sementara dia mewakili Blues, gaji yang setanding dengan Pemain Terbaik PFA dua kali, Kevin De Bruyne.

Walaupun angka itu mungkin kelihatan membingungkan bagi sesetengah pihak, potensi sekatan yang boleh dikenakan kepada kelab sekiranya mereka kalah dalam pertarungan dengan Liga Perdana adalah jauh lebih besar dan lebih teruk untuk kesan jangka panjang.

Hukuman yang mungkin mereka hadapi adalah denda yang tinggi dan pemotongan mata sehinggalah hukuman penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris.

Oleh itu, tidaklah mengejutkan untuk melihat bahawa City sedang mencari yang terbaik dalam bidang guaman untuk membuktikan mereka tidak bersalah.

Jika Pannick berjaya memberikan kemenangan kepada City kali ini, dia berpotensi mendapat gaji mingguan sama dengan gaji mingguan asas untuk Haaland.

Jadi, ianya tawaran yang sangat lumayan daripada kelab tersebut dalam usaha mereka menjaga maruah mereka daripada kesemua lebih 100 pertuduhan salah laku kewangan bermula 2009.