Man City Yang Juara, Lukaku Yang Trending Teruk!

Romelu Lukaku menjadi nama yang trending teruk pada beberapa jam pertama selepas Man City bergelar juara.

Kenapa?

Ini kerana Lukaku telah dianggap pemain paling malang pada aksi final UCL 2022/23.

Dia terlepas 2 peluang keemasan dan kemudian menghadang tandukan rakannya sendiri.

Ianya memang satu detik yang malang dan kurang bernasib baik untuk Lukaku.

Lukaku pasti kecewa kerana dia gagal menanduk masuk bola pada minit minit akhir permainan.

Di mana dia telah menanduk masuk tepat ke arah Ederson yang sudah tidak tahu di mana kedudukan bola.

Ramai peminat Inter meminta Lukaku segera pulang ke Chelsea.

Namun pemilik Inter masih membuka peluang untuk Romelu Lukaku terus kekal bersama Inter.

Lukaku merupakan pemain yang dipinjam oleh Inter Milan dari Chelsea.

Pemilik Inter masih berharap mereka akan dapat mengekalkan Lukaku. Namun mereka harus berunding dengan Chelsea terlebih dahulu.

Peminat Man City pula mengiktiraf Romelu Lukaku sebagai legenda pasukan mereka.

Membantu Man City menamatkan musim ini dengan treble. Dan juga kejuaraan UCL pertama milik mereka.