Man From Nowhere, Filem Aksi Korea Yang Mahu Di-remake Oleh Produksi John Wick

Man From Nowhere merupakan filem yang sarat dengan kupasan jenayah, kekeluargaan dan nilai insaniah sesama manusia.

Jika korang peminat filem dengan genre balas dendam, dan meminati naskah seperti Taken (lakonan Liam Neeson), ini antara filem yang harus ada dalam senarai untuk ditonton korang.

Sebuah filem aksi gelap dan kotor yang kemudian menjadi filem terlaris di Korea Selatan pada tahun 2010.

“The Man from Nowhere” membintangi Won Bin sebagai lelaki misteri yang hidup di kedai pajak gadai miliknya.

Mesti ramai yang ingat wajah jambu Won Bin dalam Autumn In My Heart, tapi dalam filem ini dia misteri dan badan sado.

Walaupun mempunyai peringkat 18+, filem ikonik berjaya menarik lebih daripada 6.17 juta penonton filem ke pawagam pada peak kegemilangannya.

Cha Tae Sik (Won Bin) rapat dengan seorang kanak kanak perempuan yang merupakan anak pelacur. Anak cilik itu sangat bijak dan seringkali datang ke rumahnya ketika ibunya melayan lelaki lain dan menghisap dadah.

Kanak kanak itu selalu mendengar ibunya menuduh Tae Sik ni orang jahat, sebab itu dia suka hidup bersembunyi. Namun kanak kanak itu sentiasa percaya lelaki di hadapannya adalah seorang yang baik dan memanggilnya pak cik.

Namun pada suatu hari Cha Tae Sik diperangkap sekumpulan kongsi gelap ketika dia cuba menyelamatkan kanak kanak itu dan ibunya.

Dari situ dia telah dituduh membunuh dan terlibat dalam pengedaran dadah.

Tae Sik kemudian kembali ke sisi dirinya yang dahulu. Dan dia mencari sendiri anak kecil dan ibunya itu. Dia berdepan dengan realiti yang tak disangka.

Sebenarnya dia kini sedang berhadapan dengan kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam pelbagai jenayah. Seorang informan polis menyatakan: jenayah culik dan dadah itu bukanlah jenayah besar untuk kumpulan tersebut. Ada yang lagi besar.

Di mana mereka sebenarnya terlibat dalam penjualan organ manusia. Mereka melakukannya dengan cara sangat sadistik.

Tae Sik berdepan pelbagai halangan dan kesukaran dalam usahanya. Perkembangan watak Tae Sik menjadi pusat utama kepada cerita filem ini.

Produksi John Wick pun terpikat

Jadi, tidak hairanlah jika produksi Hollywood mahu menerbitkan remake untuk filem ini. Pastinya ia akan mendapat reaksi berbelah bagi daripada peminat setia naskah ini.

Pada Ogos lalu, pasukan produksi francais filem mega “John Wick” dikatakan mahu bergabung dengan produksi “The Man from Nowhere” dari Korea Selatan.

Di mana kerjasama itu untuk menghasilkan filem The Man From Nowhere versi Hollywood.

Menurut laporan baru oleh Deadline, Chad Stahelski dan Derek Kolstad – yang mengarahkan dan menulis ketiga-tiga filem “John Wick” masing-masing – akan bekerjasama lagi untuk pembuatan semula (remake)v versi A.S. yang akan datang untuk filem pada 2010 – “The Man from Nowhere.”

Derek Kolstad akan menulis skrip untuk pembuatan semula, sementara Chad Stahelski dikatakan akan menghasilkan filem yang akan datang bersama-sama dengan Jason Spitz di bawah label produksi mereka 87Eleven Entertainment.

Deadline turut melaporkan bahawa “orang dalam mengatakan bahawa skrip yang baru saja disampaikan oleh Kolstad dan mereka merancang untuk bertemu dengan pengarah untuk kerja remake, kerana Stahelski mungkin tidak akan mengarahkan filem itu.”

Baca yang lain