Man Gembira Lega Selesai Agih Sumbangan Peribadi RM50,000

Pemenang Maharajalawak Mega 2019, Man Raja Lawak mengesahkan bahawa urusan beliau untuk mengagihkan sumbangan peribadi bernilai RM50,000 kepada mereka yang memerlukan – telah pun selesai.

Beliau menyatakan, urusan tersebut mengambil masa 4 hari. Dan dianggarkan sebanyak 70 individu yang menerima sumbangan daripada Man.

Man menegaskan, jumlah penerima adalah tidak ramai kerana beliau memberikan sumbangan tanpa menetapkan jumlah.

Man berkata: “Tak ramai dapat sebab saya tidak tetapkan jumlah bagi setiap penerima. Saya berikan atas permintaan dan melihat kepada keperluan mereka.”

“Jumlah paling banyak diberikan RM5,000 iaitu kepada sahabat saya yang memang susah. Dia sakit selepas terjatuh dan koma. Dalam masa sama, isterinya pula tidak bekerja. Jadi, memang sangat memerlukan ketika ini.”

Man Kongsi Rezeki Hadiah MLM, Sumbang RM50,000 Kepada Memerlukan

“Lagi satu, bantuan ini bukan untuk mereka yang susah saja, tapi kepada golongan pertengahan juga.”

“Sebab, ada antara mereka sepanjang PKP ini tidak ada sumber pendapatan. Bantuan saya lebih kepada bantuan kemanusiaan, bukan harta pusaka,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu ada juga rakan seperjuangan beliau yang turut meminta bantuan tersebut.

“Tidak dinafikan ada juga rakan artis yang mesej. Tapi, saya dahulukan sahabat yang saya tahu kehidupan mereka macam mana.”

“Saya senaraikan nama mereka dan berbincang dengan isteri. Mereka ini saya mesej sendiri dan bukan mereka tak minta pun.”

“Sebab mereka tahu ada lagi yang lebih memerlukan untuk dibantu. Tapi, atas dasar kawan dan tahu kehidupan mereka macam mana, saya iklas nak bantu.”

“Macam sekarang pun, walaupun peruntukan bantuan sudah habis, masih ada lagi DM dan mesej di Whatsapp. Saya tak tahu siapa yang bagikan nombor peribadi saya. Mungkin ada letak di FB dan kumpulan Whatsapp,”

Man Lelong Motor & Kereta Demi Menambah Duit Bantu Orang Memerlukan

Man berharap mereka yang telah mendapat wang sumbangan itu agar menggunakan wang itu sebaiknya.

Dan beliau turut memohon maaf kepada mereka yang tidak berjaya mendapatkan wang bantuan itu.

View this post on Instagram

Maaf kan saya🙏🙏🙏😭😭😭

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Man kemudian menjelaskan, ada bermacam-macam ragam daripada mereka yang memohon.

https://www.instagram.com/p/B-inCS-lPya/

Dan seterusnya beliau mahu menjelaskan bahawa, keputusan untuk memberikan sumbangan itu adalah niat peribadi beliau, tiada kaitan dengan kumpulan Puteh.

“Di sini saya nak membuat sedikit penerangan tentang keputusan saya untuk berkongsi rezeki RM50 ribu yg saya umumkan minggu lalu.”

“Inisiatif ini adalah idea saya sendiri. Saya tidak berbincang dgn ahli kumpulan Puteh yang lain.”

“Saya faham keputusan saya ini sedikit sebanyak memberi kesan dan menimbulkan isu serta pandangan masyarakat tentang ahli Kumpulan Puteh yang lain.”

“Ini adalah keputusan peribadi yang saya ambil untuk menyalurkan sedikit bantuan dari simpanan yg saya ada tanpa sebarang niat lain. Diharapkan peminat-peminat Puteh tidak membabitkan mereka dalam inisiatif ini.”

“Sekiranya ada sebarang salah faham, saya merendah diri ingin memohon berjuta kemaafan dari ahli kumpulan Puteh dan masyarakat artis di luar sana.”

“Bukan niat saya untuk menjatuhkan mereka atau ada agenda yang lain tetapi ini atas dasar keperihatinan saya pada waktu yang mencabar ini.”

“Diharapkan kemelut ini selesai dengan baik dan kita boleh terus move on.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di