Man Lelong Motor & Kereta Demi Menambah Duit Bantu Orang Memerlukan

Sebelum ini Man Rajalawak sudah berikrar mahu berkongsi rezeki sebahagian RM50,000 daripada hadiah kemenangan Maharajalawak Mega yang beliau menangi bersama kumpulan Puteh.

Menerusi instagramnya, Man berkata:

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.”

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari  bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.

“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM (direct message) berikan detail (maklumat lengkap) kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet 50K (RM50,000) habis digunakan sepenuhnya.”

“Saya akan teliti setiap permohonan. Sekiranya tiada respon [daripada pihak kami] maknanya permohonan anda gagal. Semoga bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.”

https://www.instagram.com/p/B-Y8WWelNpq/?utm_source=ig_embed

Man kemudian tidak meminta banyak daripada peminatnya. Beliau hanya meminta mereka mendoakannya murah rezeki dan terus sihat.

“Hanya doakan saya murah rezeki dan sihat tubuh badan,” tegas Man lagi.

Permohonan sangat banyak

Namun kini Man berhadapan dengan kesulitn apabila mendapati, sangat ramai yang memohon. Dan beliau memutuskan untuk menambahkan lagi sumbangan.

Man menyatakan beliau sebak apabila membaca ramai yang menghantar DM kepada beliau.

Lalu Man memutuskan untuk melepaskan kereta dan motosikal yang digunakannya selama ini.

Man mencoret di Instagram miliknya:

“Asalam sahabat, sejak dari semalam handphone saya terlalu sibuk luar biasa.”

“Saya akan cuba yang terbaik untuk anda. Sampai kebas kebas tangan [membalas]. Kalau DM anda belum dibaca, harap anda tenang dan bersabar kerana ada lebih 5 ribu DM diterima. Itu belum lagi kira yang WhatsApp.”

“Nampaknya memang rakyat kita perlu dibantu walaupun dalam jumlah yang kecil.”

“Banyak mereka yang mulakan dengan ayat ‘malu nak meminta tetapi terpaksa’.”

“Buatkan saya lebih sebak. Dalam saat saat genting begini, saya menyeru kepada pihak yang masih ada tunai, tolonglah beli motor dan kereta saya – untuk membolehkan saya menambah jumlah sumbangan.”

https://www.instagram.com/p/B-bDZvqFVD_/

“Sesiapa yang berminat boleh DM saya. Saya nak jual dengan harga mampu milik. Sekian.”

Man kemudian menyertakan gambar kereta dan motosikal kesayangannya.

Jadi, bolehlah korang tolong sebarkan berita ini kepada semua ye.

Man kemudian sempat menjawab persoalan tentang: “Kalau jual kereta, nanti nak bawak keluarga berjalan macamana?”

Man berkata dengan nada berseloroh: “Kalau Anju (Zarina Anjoulie) boleh naik kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh naik kereta Kancil. Janji boleh berlumba ke syurga.”

https://www.instagram.com/p/B-bX2ydF080/

Man juga meminta agar pemohon menyertakan maklumat yang tepat untuk menyenangkan pihak beliau menyalurkan bantuan.

https://www.instagram.com/p/B-btPIUFYgi/

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.