Alejandro Garnacho terus membuktikan bahawa dia berhak untuk berada dalam pasukan utama setiap minggu.
Selepas menunjukkan aksi kurang memuaskan pada minggu lalu menentang Villa, kali ini, berhadapan lawan yang sama, Garnacho menyumbang 2 assist untuk membantu Manchester United menang 4-2 ke atas Aston Villa dalam pusingan 32 akhir Piala Carabao.
Dia melakukannya hanya dalam 28 minit aksi, masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua.
Two assists for Garnacho tonight 💫
Special player 🔴 pic.twitter.com/mf98qsjpkK
— United Zone (@ManUnitedZone_) November 10, 2022
Manchester United 2 kali ketinggalan dalam perlawanan ini.
Di mana Ollie Watkins membuka tirai jaringan pada minit ke-48. Gol itu dibalas Anthony Martial hanya seminit kemudian.
Villa di hadapan sekali lagi selepas Dalot tertampan bola ke gawang sendiri [ada minit ke-61.
Walaubagaimanapun, United menyamakan kedudukan menerusi Marcus Rashford pada minit ke-67. Ianya selepas kesilapan pertahanan Villa dihukum oleh pemain United itu.
Kemudian, Garnacho menjadi nadi penting United dalam usaha mereka mengelak daripada tersingkir awal dalam Piala Carabao.
Dia mencipta assist pertama kepada Bruno Fernandes pada minit ke-78.
Kemudian mencipta satu lagi assist dengan hantaran silang melencong yang disambar Scott McTominay pada masa kecederaan sebelum wisel penamat.
ALEJANDRO GARNACHO, THAT IS A SENSATIONAL PASS AND WHAT A FINISH MCTOMINAY!!!!! pic.twitter.com/Bt5psADoZC
— 𝗧𝗲𝗻 𝗛𝗮𝗴’𝘀 𝗥𝗲𝗱𝘀 ✍🏼🇳🇱 (@TenHagBalI) November 10, 2022
Prestasi Garnacho ini pastinya akan membuatkan pemain seperti Jadon Sancho perlu meningkatkan lagi prestasi mereka.
Garnacho jelas sudah menghantar amaran bahawa dia sudah benar benar menjadi pesaing sebenar untuk merebut tempat dalam pasukan utama.
Sancho is coming back to face a new competition in Garnacho, and this kid will surely put up a fight.
Pace, take-ons, energy, and drive — he's a breathe of fresh air… a Manchester United winger, and I'm glad he's developing under Ten Hag. pic.twitter.com/xbdrzTYNGu
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) November 10, 2022
Secara keseluruhan, Garnacho melakukan 23 sentuhan dalam 28 minit aksi. Melakukan 13/13 hantaran tepat. Mencipta 2 peluang keemasan dan 2 assist serta 2 percubaan ke arah gawang.
Ternyatan ianya adalah salah satu aksi supersub yang luar biasa daripada pemain muda Argentina itu.
Alejandro Garnacho vs Aston Villa:
28 minutes
23 touches
13/13 passes completed
2 big chances created
2 assists
2 shots pic.twitter.com/FaxEqQdXbJ— UtdDistrict (@UtdDistrict) November 10, 2022