Man United Adakan Rundingan Dengan Kieran McKenna Untuk Gantikan Erik Ten Hag

Masa depan Erik Ten Hag di Manchester United masih tidak menentu ketika ini. Dan kelab itu sudah menghantar wakil untuk berunding dengan Ipswich Town bagi mendapatkan pengurus Kieran McKenna.

McKenna turut menjadi sasaran Chelsea untuk jawatan pengurus. Kini United sedia untuk sailang McKenna daripada sertai Chelsea. McKenna sentiasa berminat untuk kembali ke United. Kini dia sedang menunggu tawaran rasmi daripada Chelsea.

Jadi, United sentiasa ada peluang untuk memujuk pengurus itu menyertai mereka.

Manchester United mahu menjadikan McKenna dalam senarai bersedia untuk menjadi pengurus mereka selepas menentukan kedudukan Erik Ten Hag sebaik sahaja final Piala FA menentang Manchester City.

Ten Hag dalam beberapa minggu lalu seringkali menyatakan bahawa secara logik akal / common sense, kedudukannya di United sepatutnya tidak ada pertikaian tentangnya.

Hal ini kerana prestasi buruk United dalam Liga Perdana Inggeris adalah kerana faktor kecederaan dan bukannya kerana taktikal beliau.

Ten Hag menjelaskan bahawa musim ini ramai pemain muda yang menyerlah di bawah kendaliannya seperti Kobe Mainoo, Alejandro Garnacho dan Amad Diallo.

Malangnya Sir Jim Ratcliffe dilaporkan kurang gembira dengan kedudukan kelapan United dalam carta EPL yang merupakan kedudukan terburuk mereka dalam sejarah Premier League.

Selain itu komen daripada Erik Ten Hag yang menyatakan bahawa Man United tak akan mampu juara EPL musim hadapan, namun yakin akan merapatkan jurang dengan pasukan lain. Ianya kurang disenangi ramai pihak di United.

Sir Jim Ratcliffe malah sudah memiliki beberapa senarai pengurus yang dia minati. Namun yang mengejutkan adalah nama Kieran McKenna berada dalam senarai.

Pengurus itu membantu Ipswich Town naik semula ke EPL. Dan seringkali dipuji media Inggeris kerana gaya taktikal yang menarik diperagakan mereka di Liga Kejuaraan.

Trofi Piala FA sangat penting untuk Ten Hag memenangi hati pengurusan tertinggi Man United dan juga peminat United agar terus menyokongnya.

Sky Sports melaporkan bahawa, McKenna kini benar benar menjadi perhatian dua kelab besar Chelsea dan Man United.

Chelsea mencari pengganti Pochettino yang baru sahaja dilepaskan daripada jawatannya. Sementara United berminat mendapatkan McKenna jika ada perubahan pada struktur pengurusan pasukan utama selepas final Piala FA.

McKenna sebelum ini dilantik menjadi staf kejurulatihan di bawah Jose Mourinho ketika menguruskan Man United. Ianya selepas dia cemerlang mengendalikan skuad remaja United.

Dan dia kemudian menjadi pembantu pengurus kepada Ole Gunnar Solskjaer ketika Ole datang menjadi pengurus United.

Solskjaer adalah orang yang sangat mempercayai McKenna dan yakin bahawa dia akan menjadi pengurus yang bagus suatu hari nanti.

McKenna sebenarnya menjadi antara jurulatih yang mahu dikekalkan United walaupun pengurus utama bertukar ganti. Namun dia kemudian meminta untuk menyertai Ipswich Town yang menjadi jawatan pengurus utama yang pertama dalam kariernya.

Selain daripada United dan Chelsea, Brighton juga dikatakan berminat untuk mendapatkan Kieran McKenna.