Man United Bagi Diskaun Hampir Separuh Harga Untuk Pastikan Maguire Dibeli Kelab Lain

Manchester United sedia memberikan diskaun yang maksimum untuk menjual Harry Maguire pada jendela perpindahan akan datang.

Sebelum ini Man United meminta sekurang kurangnya GBP80 juta untuk pemain yang mereka beli GBP85 juta tersebut.

Maguire masih gagal menjadi pemain utama dalam kesebelasan utama Erik Ten Hag.

Dengan statusnya sebagai kapten, Ten Hag lebih memilih kapten yang ‘bermain’ seperti Bruno Fernandes untuk menjadi ketua pasukan.

Maguire hanya bermain 30 penampilan. Kebanyakkannya sebagai pemain gantian atau pemain pertandingan piala. Kali terakhir dia beraksi 90 minit ketika menentang Sevilla di UEL. Dan aksinya yang teruk membuatkan Man United tersingkir.

Kini Man United sedia menjual Maguire dengan diskaun penghabisan stok dengan potongan harga £45 juta daripada harga asal.

Bermakna Maguire akan sedia dijual dengan nilai £40 juta sahaja.

Harga itu hampir separuh daripada harga asal pemain itu.

Pemain 30 tahun itu sudah diberitahu bahawa dia bebas untuk berbincang dengan mana mana kelab lain jika dia mahu berpindah.

Wang penjualan Maguire itu mahu digunakan oleh United untuk menambah dana bagi menandatangani Jurrien Timber dan juga Victor Osimhen.

Keutamaan Ten Hag adalah seorang bek tengah dan seorang pemain no.9.

Wout Weghorst sudah tentunya tak akan ditebus secara tetap oleh Man United selepas aksi menghampakannya sepanjang musim ini.

Baca yang lain