Manchester United dilaporkan sudah membincangkan secara dalaman bahawa Antony adalah pembelian yang tidak berbaloi.
Laurel Whitwell melaporkan bahawa kelab itu secara tertutup membincangkan tentang Antony, bahawa mereka tidak akan membayar pemain itu lebih daripada £60 juta ketika Erik Ten Hag mahukannya.
Hal ini kerana, Man United sudah menghantar scouting memantau bakat Antony sejak pemain itu berusia 15 tahun lagi.
Menurut laporan pemantau bakat tersebut, Antony pemain yang bagus namun sangat mudah dijangka gerakannya.
Pemain tersebut bukan pemain yang memiliki flair yang tinggi untuk melangkaui nilai £60 juta.
Yang peliknya, Man United tetap membayar £86 juta atau €100 juta untuk pemain tersebut.
Ini kerana tindakan Ajax yang masa iutu meletakkan tanda harga €100 juta untuk Antony selepas dia menikmati musim ccemerlang pada 2021/22 dengan mencetak 12 gol dan 10 assist dalam 33 perlawanan termasuk dalam aksi UCL.
Antony dianggap bakat yang mengejutkan ramai kerana Ajax membelinya dengan nilai sangat rendah sekitar €18 juta dari kelab lamanya, Sao Paolo di Brazil.
Ketika tiba di United dia cemerlang pada debutnya. Namun sayangnya selepas itu pemain itu gagal untuk memenuhi tanda harganya.
Lebih teruk, dia terlibat dalam skandal di luar padang, dituduh memukul pasangan hidupnya sendiri sehingga cedera teruk.
Antony selepas itu disisihkan daripada skuad Brazil kerana perlu membantu polis dalam siasatan. Dia juga digantung sementara oleh kelab kerana kes tersebut.
Antony dikembalikan semula ke dalam pasukan. Dan prestasinya terus merosot. Dia kemudian disenarai jual oleh United. Namun tiada kelab mahu membelinya.
Pada pra musim lalu, ada kelab dari Sepanyol dilaporkan mahu meminjamnya. Namun Antony menolak.
Dan kini pada Januari dia akhirnya ke Real Betis secara pinjaman. Ini adalah peluang terbaik untuknya menaikkan semula reputasi dan prestasinya.