Man United Dan Liverpool Tempah Aksi Suku Akhir Di Old Trafford

Manchester United dan Liverpool menempah aksi suku akhir Piala FA yang dianggap perlawanan besar untuk kejohanan kali ini.

Tandukan Casemiro hantar United ke suku akhir

Manchester United berjaya melepasi cabaran daripada Nottingham Forest di tempat lawan.

Dengan tandukan lewat Casemiro memastika anak anak buat Erik Ten Hag mara ke suku akhir.

Manchester United benar benar lega dengan keputusan yang mereka catatkan kerana Forest turut melakukan beberapa percubaan bahaya.

Prestasi cemerlang Andre Onana juga membantu Red Devils untuk mara ke suku akhir.

Liverpool atasi Soton

Sementara itu, Liverpool melepasi cabaran Southampton di Anfield.

Dengan Klopp memutuskan untuk menurunkan pemain pemain akademi bersama sama dengan beberapa pemain senior.

Lewis Koumas membuka jaringan untuk The Reds pada lewat separuh masa pertama.

Dan kemudian bintang masa depan Liverpool yang turut beraksi dalam final Piala Carabao, Jayden Danns menyumbat 2 gol lagi pada separuh masa kedua.

Manchester United akan melayan kunjungan Liverpool pada 17 Mac akan datang di Old Trafford untuk aksi suku akhir Piala FA 2023/24.

Aksi lain

Perlawanan lain menyaksikan Manchester City akan berdepan dengan Newcastle United.

Sementara itu Chelsea berjaya bangkit daripada kekecewaan pada final Piala Carabao untuk mengenepikan Leicester. Walaupun The Blues terlebih dahulu ketinggalan. Namun anak anak buah Pochettino berjaya bangkit dan menang 3-2.

Satu lagi perlawanan adalah antara Wolves dan Coventry.

 

Baca yang lain