Man United Juara Piala FA 2023/24!

Manchester United memastikan tempat di Eropah musim depan dengan memenangi Piala FA mengatasi Man City di final.

United diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan dalam perlawanan kali ini. Namun magis FA Cup itu memang begitu. Pasukan pilihan bila bila masa sahaja boleh dikejutkan.

Man United sebelum ini berada di tanggan kelapan dalam carta Liga Perdana Inggeris. Memiliki satu talian hayat ke eropah musim hadapan.

Namun tugasan itu tidak mudah kerana berdepan dengan jiran mereka Man City.

Dua gol daripada Kobe Mainoo dan Garnacho meletakkan Man United di hadapan pada separuh masa pertama walaupun Man City mendominasi lebih 70% permainan.

Skuad Erik Ten Hag cuba untuk mengekalkan tempo permainan bertahan dan serangan balas. Namun ianya memakan diri apabila Jeremy Doku merapatkan jurang gol minit ke-87.

Peminat United kemudian agak gemuruh melihat masa kecederaan 7 minit diberikan pengadil.

Namun Manchester City gagal untuk mendapatkan sebarang gol lagi. Seterusnya Man United meraikan kejuaraan Piala FA ke-13 dalam sejarah kelab itu.

Kini masa depan Erik Ten Hag menjadi perhatian kerana sebelum perlawanan The Guardian melaporkan ini adalah tugasan terakhirnya.

Namun Ten Hag yakin dia akan terus kekal di United.

Apapun nikmati dulu kejyaaan menjulang Piala FA 2023/24.