Man United Kalah Sebab Onana

Andre Onana tampil bertanggungjawab dengan menyatakan bahawa pasukan Manchester United kalah sebab dia.

Onana mulai berdepan dengan kritikan daripada peminat termasuk penyokong United sendiri. Dan pemain itu turut menjelaskan tentang hubungannya dengan pemain lain sebelum perlawanan dengan Bayern.

Dia tampil mempertahankan tindakannya sebelum ini yang memaki Maguire di atas padang yang dianggap tindakan agak over. Onana berkata dia berbuat begitu kerana mahu setiap pemain sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.

Sambil mendedahkan bahawa hubungan dia dengan Harry Maguire sebagai sangat baik.

Dalam aksi berdepan Bayern, Onana melepaskan 4 lagi bolos. Dan dia kini terus berdepan dengan perbandingan dengan penjaga gol legenda David De Gea.

Onana mengakui pasukannya kalah sebab dia. Dan dia memohon maaf kepada semua yang menyokong Manchester United.

Onana gagal menyelamatkan bola gol pertama Bayern yang sebenarnya sudah berjaya dalam jangkauannya. Dia melpaskan 3 lagi bolos selepas itu.

Manchester United cuba bangkit pada separuh masa kedua namun usaha mereka gagal kerana melepaskan gol keempat dan kalah 4-3.

Onana dikatakan telah meminta untuk bercakap kepada media selepas tamat perlawanan sebagai tindakan berani mengambil tanggungjawab.

Onana berkata: “Saya yang bertanggungjawab, kerana saya kami gagal menang hari ini. Dan saya belajar daripadanya.”

“Saya ada banyak perkara untuk saya buktikan. Kerana secara jujurnya, permulaan karier saya di United setakat ini tidak cukup bagus.”

“Sayalah orang yang membuatkan pasukan ini kecewa.”

Pengurus Man United tidak setuju kalau Onana sahaja dipersalahkan. Sebaliknya dia mahu pertahanan United bertanggungjawab kerana telah memberikan peluang terlalu mudah untuk Bayern menjaringkan gol.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali